Advertisements

Semakan Permohonan & Rayuan UPUOnline Lepasan STPM

Advertisements

Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2022/2023 boleh mula membuat semakan bagi mengetahui status permohonan menerusi sistem UPUOnline mulai 25 September 2022, jam 12.00 tengah hari.

Untuk makluman, UPUOnline adalah sistem online yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tujuan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.

Justeru itu, semakan keputusan boleh dibuat sehingga 04 Oktober 2022, jam 5.00 petang.

Cara Membuat Semakan

Semakan permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

i) Melalui Laman Web

  1. Layari laman web berikut:
    – https://jpt.utm.my
    – https://jpt.uum.edu.my
    – https://jpt.unimas.my
    – https://jpt.ums.edu.my
    – https://jpt.umt.edu.my
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.
  3. Keputusan permohonan dipaparkan

ii) Melalui Aplikasi Telefon Pintar

Selain melalui laman web, semakan permohonan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform seperti:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Google Play Store
  • Apple App Store
  • Huawei App Gallery

Setuju Terima Tawaran

Untuk pelajar yang berjaya dalam permohonan, mereka perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dan mencetak surat tawaran mulai 26 September hingga 04 Oktober 2022 di laman web rasmi Universiti Awam (UA).

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada mereka yang berjaya sahaja dan boleh dicetak mulai 26 September 2022 setelah pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Permohonan Rayuan

Pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui sistem UPUOnline bagi kemasukan ke UA.

Permohonan rayuan dibuka selama 10 hari mulai 25 September 2022, jam 12.00 tengah hari sehingga 04 Oktober 2022, jam 5.00 petang.

Tawaran tempat bagi kemasukan ke IPT bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.

Info Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai semakan permohonan dan rayuan melalui UPUOnline lepasan STPM sesi 2022/2023, sila hubungi 03-8870 8200 atau email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.