Advertisements

Panggilan Scam: Ketahui Tips Elak Jadi Mangsa

Advertisements

Orang ramai yang sering menerima panggilan scam, anda perlu melaporkan panggilan tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Untuk makluman, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah menumpukan usaha bagi membanteras aktiviti atau penggilan scam untuk menipu orang ramai.

Oleh kerana itu, pihak PDRM mengharapkan orang ramai agar dapat memberikan kerjasama untuk melaporkan aktiviti ini.

Tips Elak Jadi Mangsa

Untuk mengelakkan menjadi mangsa penggilan scam, ini tips bagi mengelakkan anda menjadi mangsa:

  1. Jangan jawab panggilan daripada nombor telefon dari luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor tersebut adalah daripada kenalan yang dikenali.
  2. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau nombor TAC kepada pihak yang tidak dikenali.
  3. Jika menerima panggilan daripada bank atau pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang melibatkan anda, catat butiran daripada pihak yang menghubungi dan maklumkan kepada mereka yang anda tidak dapat bercakap pada waktu tersebut dan akan menghubungi mereka semula. Jangan panik.
  4. Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda.
  5. Hubungi Syarikat Telco Perkhidmatan jika menerima panggilan yang tidak dikenali berulang kali.
  6. Gunakan aplikasi seperti ‘Truecaller’ sebagai inisiatif menyekat panggilan scammer.

Cara Lapor Kepada Pihak PDRM

Apabila mendapat panggilan-panggilan scam, sila laporkan kepada PDRM menerusi:

  • CCID Scam Response Center: 03-2610 1559/03-2610 1599
  • CCID Infoline: 013-2111 222 (whatsapp) (8 pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari)

Sumber: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.