Advertisements

Permohonan Biasiswa IPT Yayasan Pahang Bagi Lepasan STPM

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa biasiswa IPT Yayasan Pahang menawarkan biasiswa sara hidup bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak berkemampuan bagi menringankan beban kos pengajian pelajar.

Biasiswa IPT Yayasan Pahang ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang kurang berkemampuan disamping dapat membantu meningkatkan modal insan dalam Negeri Pahang.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Pahang melaui Yayasan Pahang mempelawa calon-calon lepasan SPTM yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa IPT Yayasan Pahang bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Berikut dikongsikan info lanjut mengenai Biasiswa IPT Yayasan Pahang ini.

Baca juga : Tawaran Program Zero To Hero Tajaan MAIPK Buat Warga Perak

Tempoh Permohonan

Pemohonan boleh dibuat sebelum sekarang sehingga tamat tempoh seperti:

  • Tarikh Buka Permohonan : 15 September 2022 (Kahmis)
  • Tarikh Tutup Permohonan : 5 Oktober 2022 (Rabu)

Kadar Penajaan

  • Elaun Sara Hidup akan diberikan sebanyak RM 3,000 setahun.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atau
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2021 dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-).
  3. Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40:
    • B40: Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah.
    • M40: Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851–RM10,970/bulan.
  4. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
  5. Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Cara Mohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian. Sila ikuti panduan permohonan seperti berikut:

  • Layari laman web –DISINI
  • Tekan bahagian ‘Permohonan Biasiswa’.
  • Masuk di ruangan ‘Log Masuk Dan Pendaftaran’.
  • Tekan bahagian ‘Pendaftaran Pengguna Baru.’
  • Sila isi semua maklumat yang diperlukan.
  • Tekan butang ‘Daftar.’
  • Tekan skim biasiswa yang ingin dipohon.
  • Isi semua maklumat permohonan.
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
  • Cetak borang permohonan dan email kepada [email protected]

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila ke laman web https://www.yp.org.my/biasiswa-ipt

Baca juga : Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT Dalam & Luar Negara

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.