Advertisements

Cara Mohon Pengeluaran KWSP Akaun 2 Bagi Pembinaan Rumah

Advertisements


Membina sebuah rumah merupakan pelaburan yang terbesar bagi ahli. Kebanyakan kita, harga hartanah yang melonjak tinggi memusnahkan impian untuk memiliki rumah.

Bagi membantu ahli membina rumah impian, KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah.

Oleh itu, bagi ahli yang berhajat untuk membina rumah tetapi kekurangan bajet, boleh segera membuat permohonan pengeluaran akaun 2 KWSP.

Baca juga : BKSS 9.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Kelayakan Memohon

Ahli yang ingin membuat pengeluaran KWSP bagi pembinaan rumah hendaklah mengikuti syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU
    Bukan Warganegara
  • Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  • Ahli masih mempunyai simpanan dalam minimum RM 500.00 di dalam Akaun 2
  • Suami / isteri ahli membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri
  • Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima

Kategori Pengeluaran

Terdapat dua kategori pengeluaran KWSP iaitu:

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga

Maklumat Pengeluaran KWSP

1) PENGELUARAN INDIVIDU

Pinjaman Perumahan :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Perbezaan di antara kos pembinaan rumah dengan pinjaman + 10% daripada kos pembinaan ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)

Pembiayaan Sendiri/Tunai :

  • Kos pembinaan + tambahan 10% ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)

2) PENGELUARAN BERSAMA PASANGAN/AHLI KELUARGA

Pinjaman Perumahan :

  • Perbezaan di antara kos pembinaan rumah dengan pinjaman + 10% daripada kos pembinaan ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (mana yang lebih rendah)

Pembiayaan Sendiri/Tunai :

  • Kos pembinaan + tambahan 10% ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (mana yang lebih rendah)

Kaedah Pembayaran

Terdapat dua kaedah pembayaran wang KWSP kepada ahli iaitu:

1) Bayaran Dalam Malaysia

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke
dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

  • Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan
    bank panel KWSP yang dilantik: DAN
  • Nombor pengenalan diri ahli adalah sama
    dengan rekod bank
  • Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit
    Malaysia (RM)
  • Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke
    dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat
    melalui cek jurubank

2) Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis
matawang adalah seperti berikut :-

  • Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam
    borang permohonan dengan syarat matawang
    tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi
    tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU
  • Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis
    matawang yang dipohon oleh ahli dalam
    borang permohonan tiada dalam senarai KWSP
    bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

Cara Permohonan

1) Sediakan borang dan dokumen yang diperlukan.

  • Muat turun Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)
  • Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter/permohonan melalui pos.
  • Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
  • Perjanjian bina rumah (dengan ahli, pasangan atau nama bersama)
  • Maklumat Akaun bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun semasa membuat permohonan pengeluaran)
  • Sediakan dokumen sokongan tambahan- Disini

2) Hantar borang dan dokumen sokongan yang telah lengkap diisi dan disediakan di pejabat KWSP yang berdekatan- Disini

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di pautan www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubung di talian 03-89226000

Baca juga : Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 2023

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.