Permohonan TESP MARA 2020: Program Pinjaman Tertiari

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih untuk memohon Program Pinjaman Pelajaran Tertiari atau TESP MARA 2020.

TESP adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh
Ubah di bawah MARA yang mana jumlah keseluruhan pembayaran balik pembiayaan boleh diubah suai mengikut syarat-syarat yang ditetapkan pihak MARA.

Namun, permohonan TESP tertakluk kepada bidang yang terpilih sahaja seperti:

  • Engineering and Environment
  • Build Professionals
  • Accounting and Finance
  • Medical Science
  • Food Security
  • Transport
  • IT and Computer Science
  • Creative Design
  • Marketing, Business, and Management

Permohonan bagi TESP telah dibuka bemula 27 Ogos 2020 (Khamis) pukul 10.00 pagi dan akan tamat pada 13 November 2020 (Jumaat) pukul 4 petang.

Syarat Umum TESP MARA

Pelajat yang ingin memohon TESP perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
  3. Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga yang ditetapkan dan jumlah pendapatan bercukai ibubapa adalah tidak melebihi RM 180,000 setahun. Bagi yang berkhidmat di Luar Negara dan bekerja sendiri, purata pendapatan bulanan mestilah RM 15,000 dan ke bawah.
  4. Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  5. Bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  6. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

Syarat Akademik

Selain itu, pelajar juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan oleh pihak MARA.

Bagi pelajar baharu, mereka perlu mendapat CGPA 2.75 ke atas di peringkat Asasi/Matrikulasi/Persediaan/STPM serta setaraf.

Bagi pelajar sedia ada, mereka perlu mereka perlu mendapat CGPA 2.75 ke atas bagi semester terdahulu dan mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu 1 tahun.

Di samping itu, pelajar baharu dan sedia ada perlu lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Bagi kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian dan
farmasi pula mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh
badan-badan profesional.

Senarai IPT Layak Memohon

Pelajar-pelajar di IPT berkenaan layak memohon pembiayaan TESP iaitu:

  • Universiti Awam (UA)
  • Institut-Institut Pendidikan MARA (IPMa)
    – UniKL
    – KUPTM
    – GMI
    – KPTM
  • Government Linked University (GLU)
    – Universiti Teknologi Petronas
    – Universiti Tenaga Nasional
    – Universiti Multimedia
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
    – Asia Pacific University of Technology & Innovation
    – Asian Institute of Medicine, Science and Technology
    _ Berjaya University
    – City University
    – Help University
    – Infrastructure University Kuala Lumpur
    – International Medical University
    – Inti International University
    – KDU University College
    – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
    – Lincoln University College
    – Mahsa University
    – Management & Science University
    – Nilai University
    – Perdana University
    – Segi University College
    – Sunway University
    – Tati University College
    – Taylors University
    – Twintech International University College of Technology
    – UCSI University
    – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
    – Universiti Tunku Abdul Rahman
    – University of Cyberjaya
    – Curtin University Sarawak Malaysia
    – Monash University Malaysia
    – Newcastle University Medicine Malaysia
    – Swinburne University of Technology Sarawak Campus
    – University of Nottingham Malaysia
    – Universiti Tun Abdul Razak

Cara Memohon

Pelajar yang ingin memohon TESP boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log in dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

Bagi pelajar IPMa (KUPTM/KPTM/UNIKL), cara permohonan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/
  2. Pada bahagian Tertiary Education Sponsorship (TESP), klik perkataan ‘Klik Sini.’
  3. Isi maklumat pemohon dan klik butang ‘Teruskan.’
  4. Log in dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

Soalan Lazim

Saya sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma, adakah saya layak memohon TESP?

Tidak boleh. Program ini dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama sahaja.

Saya berada di tahun kedua dan sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan, adakah saya layak memohon?

Pelajar layak memohon Program TESP ini sekiranya Institusi Pengajian Tinggi anda berada di dalam senarai IPT yang dipilih oleh MARA.

Adakah Program TESP 2020 ini adalah Biasiswa yang ditawarkan oleh MARA?

Ini adalah pinjaman bolehubah. Pelajar digalakkan membuat permohonan pengurangan bayaran balik setelah tamat pengajian nanti. Selain itu, pinjaman ini tidak dikenakan sebarang kadar faedah.

Bolehkah saya memohon Program TESP 2020 sekiranya Ibu/bapa saya telah disenarai hitam MARA?

Tidak boleh. Ibu, ayah, penjaga, penjamin dan pelajar dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program TESP 2020.

Saya mendapat PNGK 3.0 di peringkat asasi tahun 2018. Bolehkah saya memohon?

Ya, boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan asasi dan setaraf yang telah tamat pengajian pada 2019 sahaja.

Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen selepas membuat permohonan secara atas talian?

Tidak. Pelajar hanya perlu mengisi dan melengkapkan permohonan secara atas talian. Penghantaran dokumen hanya perlu dibuat setelah pihak MARA meminta pemohon berbuat demikian.

Bilakah saya boleh membuat semakan keputusan?

Pelajar adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

Pertanyaan Lanjut TESP

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pinjaman Pelajaran MARA iaitu 03-2613 2051/2024/2518/2059/2100/2069/2070 atau menghantar email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.