Advertisements

5 Cara Elak Nasi Daripada Cepat Basi

Advertisements

Memasak nasi ini adalah masakan yang paling mudah sekali. Ditambah pula dengan teknologi sekarang, hanya perlu basuh dan masukkan ke dalam periuk nasi selepas itu hanya tekan suis periuk nasi sahaja.

Mudahkan!! Namun, walaupun memasak nasi putih ini mudah tetapi jika tidak kena cara masak boleh menyebabkan nasi tersebut cepat basi.

Disini kami ingin kongsikan cara-cara untuk mengelakkan nasi dari cepat basi. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Baca juga: 7 Cara Dan Petua Lama Untuk Turunkan Suhu Demam Panas

1. Cuci Beras Dengan Bersih

Pastikan anda membasuh atau membilas beras dengan air bersih sehingga warna air beras bertukar putih.

Sebaiknya anda mencuci beras tersebut lebih kurang-kurangnya tiga kali bilasan air bersih. Lagi banyak bilasan air lagi bagus.

Jika anda tidak membasuh beras tersebut dengan bersih atau sekadar ala kadar, ini akan menyebabkan nasi menjadi cepat basi.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2. Guna Perahan Limau Nipis

Dengan menggunakan perahan limau nipis juga anda boleh menggelakkan nasi yang telah masak daripada basi.

Caranya adalah, anda perlu perahkan 2-3 biji perahan jus limau ke dalam nasi yang sedang di tanak dan gaulkan rata.

Jangan perah terlalu banyak limau nipis, berkemungkinan akan menyebabkan nasi menjadi masam pula.

3. Menggembur Nasi

Petua ketiga adalah dengan menggemburkan nasi setelah masak. Ini adalah untuk mengelakkan nasi dari cepat basi.

Dengan menggembur nasi, ini akan menyebabkan wap udara yang terkurung di dalam periuk akan keluar dan menjadikan nasi bertahan dengan lebih lama.

4. Telengkupkan Periuk Di Atas Api

Salah satu cara untuk elak nasi dari basi, ambil periuk nasi dan telengkupkan di atas api dapur yang di hidupkan.

Biarkan selama beberapa minit atau lebih kurang 4-5 minit sehingga periuk kelihatan berasap.

Petua ini adalah salah satu menyebabkan periuk anda bertahan dari basi.

5. Kawal Kuantiti Penggunaan Air

Setelah anda telah membasuh beras dengan bersih, pastikan anda mengisi air mengikut sukatan kuantiti yang betul.

Jika terlebih isi air, nasi anda akan menjadi lembik dan ini berkemungkinan akan menyebabkan nasi anda cepat basi.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Baca juga:Cara Masak Nasi Tanpa Kanji. Mudah Saja!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.