Menurut laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pengagihan wang bagi fasa 3 akan bermula pada bulan Julai 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang STR bagi fasa ketiga ini untuk makluman bersama.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau sebelum ini lebih dikenali sebagai bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan STR bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan.
Perkara ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan terdahulu yang telah ditambahbaik oleh kerajaan Perpaduan, bagi meringankan beban masyarakat B40 di Malaysia.
Bantuan ini diberikan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Pembayaran bantuan STR ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM1.67 bilion kepada tiga kategori penerima iaitu:
- Isi rumah dari golongan B40;
- Golongan Bujang B40, dan;
- Warga emas yang tiada pasangan.
Pemberian bantuan ini dilakukan secara berperinkat, di mana ia di bahagikan kepada empat fasa, STR Fasa 1, STR Fasa 2, STR Fasa 3, dan STR Fasa 4.
STR Fasa 3
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Hal ini bermaksud permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, akan menerima bayaran pada STR Fasa 3, selepas pengesahan kelayakan.
Proses Pembayaran STR Fasa 3
Proses pembayaran STR Fasa 3 ini akan dikreditkan seperti berikut:
- Ada Akaun – Pengkreditan mulai bulan Julai, secara berperingkat.
- Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN.
Semakan Status Pembayaran
Semakan status pembayaran STR Fasa 3 ini, boleh dibuat menerusi laman web MySTR pada bila-bila masa dengan cara di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Jika layak maklumat pembayaran Fasa 3 akan terpapar.
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 3
- Klik maklumat pembayaran.
Jumlah Pembayaran Fasa 3
Jumlah bagi pembayaran STR Fasa 3 yang bakal diberikan pada Julai 2023 boleh dilihat dalam jadual di bawah:
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Isi Rumah | ≤ RM2500 | 0 | RM300 |
1-2 | RM400 | ||
3-4 | RM600 | ||
5 dan lebih | RM800 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Isi Rumah | RM2500 – RM5000 | 0 | RM0 |
1-2 | RM150 | ||
3-4 | RM200 | ||
5 dan lebih | RM250 |
ii) Kategori Warga Emas (60 tahun ke atas)
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Warga Emas Sebatang Kara | ≤ RM5000 | 0 | RM200 |
iii) Kategori Bujang
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Bujang (21-59 tahun) | ≤ RM2500 | 0 | RM150 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Bujang OKU (19-59 tahun) | ≤ RM2500 | 0 | RM150 |
Soalan Lazim
Bilakah pembayaran bagi Fasa 3?
STR Fasa 3 akan dibayar bermula Julai 2023
Berapakah jumlah pembayaran Fasa 3?
Jumlah amaun bergantung kepada kategori masing-masing; iaitu RM150 untuk bujang dan RM200 untuk warga emas.
Saya penerima STR sebelum ini, perlukah saya mohon semula?
Bagi penerima yang pernah menerima STR sebelum ini, anda tidak perlu mohon semula. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda secara automatik.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan STR Fasa 3 ini, boleh dapatkan di sini ataupun di laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
Baca juga: