Advertisements

mySPP 2023: Semakan Keputusan Permohonan SPP & Temuduga

mySPP 2023: Semakan Keputusan Permohonan SPP & Temuduga

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (SPP) sedang melakukan pengambilan guru secara one-off bagi tahun 2023 sehingga 21 April ini, melalui laman web rasmi mySPP.

Jika anda berminat untuk menjadi guru, dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan hal ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

Apa itu MySPP?

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah mengumumkan bahawa mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan anggota perkhidmatan pendidikan akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP).

Ini akan memastikan semua permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan dapat diselaraskan di bawah satu sistem permohonan sahaja.

Untuk pengetahuan, SPP yang ditubuhkan pada 1 Januari 1974 merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :

  1. Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
  2. Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
  3. Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
  4. Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
  5. Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
  6. Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.

Pengambilan Guru Secara ‘One-Off’ 2023

myspp

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah mempelawa graduan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan jawatan ini terbuka kepada:

  •  GRADUAN PENDIDIKAN bagi lantikan tetap dan syarat permohonan adalah di sini; dan
  • GRADUAN BUKAN PENDIDIKAN bagi lantikan secara Contract of Service (CoS) dan syarat permohonan adalah di sini.

Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan di pautan berikut https://myspp.spp.gov.my/ sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat).

Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat agar tidak menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan jawatan yang dipohon.

Nota: Hanya Graduan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Cara Semakan Permohonan SPP

semakan spp
  1. Pergi Ke Laman Web Rasmi mySPP
  2. Klik Daftar Akaun Baharu
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta
  4. Log masuk semula
  5. Lengkapkan maklumat yang berkenaan
    • Maklumat Pemohon
    • Maklumat Akademik
    • Maklumat Ko-kurikulum
    • Maklumat Tambahan
  6. Pilih jawatan yang ingin dimohon
  7. Sahkan Pengakuan Permohonan dan tekan “HANTAR”

*Nota: Untuk lebih jelas lagi boleh lihat dalam manual pengguna yang disediakan MySPP 2023:

Soalan Lazim Berkenaan Semakan SPP

Dibawah merupakan senarai soalan lazim dan jawapannya:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke laman rasmi mySPP ATAU;

anda boleh menghubungi Hotline mySPP di:

  • Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
  • Urusan Teknikal 03-8893 4021

Dan jika terdapat sebara aduan anda boleh mengadukan kepada SISPAA-SPP

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.