guru ganti 2020

Guru Ganti 2020: Download Borang Permohonan Di Sini

Berminat nak jadi guru ganti?

Berikut dikongsikan tatacara permohonan jawatan kosong guru ganti 2020 untuk lepasan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan seperti PISMP.

Untuk makluman, jawatan ini hanya kontrak tidak lebih 3 bulan.

Secara amnya, guru ganti ialah individu yang tiada latihan asas perguruan yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.

Guru ganti berbeza dengan jawatan guru interim. Untuk info lanjut anda boleh rujuk artikel Pengambilan Guru Interim 2020.

Bidang Tugas

Antara tugas seorang guru ganti ialah:

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
  • Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod pelajar yang diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan
  • Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah

Gaji guru ganti dibayar harian mengikut kelulusan contohnya RM100 sehari bagi lepasan ijazah, RM72 (lepasan STPM/Diploma) dan RM54 sehari bagi lepasan SPM.

Hanya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) layak melantik guru ganti yang diperlukan bagi sesebuah sekolah.

Segala urusan gaji turut di bawah bidang kuasa PPD, bukan KPM.

Permohonan Guru Ganti 2020

Antara syarat permohonan jawatan ini ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
  • Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah)
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM)
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM)

Sekiranya anda layak, sila download dan isi borang di bawah kemudian hantar ke PPD masing-masing bagi urusan panggilan temuduga dan sebagainya.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai di bawah:

PUAN SITI RAHAYU BINTI RAMLEE
Penolong PPD Menengah & Tingkatan Enam
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
Tel: 05-2544877 / 2427293 ext 106
E-mel: rahayu.ramlee@moe.gov.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.