Advertisements

BKKA 2023: Pekebun Kecil Getah, Pesawah, dan Nelayan

Pada pembentangan Belanjawan 2023 yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, selaku Menteri Kewangan telah membentangkan tentang salah satu bantuan khas kerajaan iaitu BKKA 2023 dalam membantu golongan pekebun kecil getah, pesawah, sukarelawan dan juga nelayan.

Bantuan khas tersebut merupakan bantuan Aidlifitri, dan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan ini, boleh teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023

BKKA merupakan salah satu bantuan kerajaan yang diberikan kepada bukan sahaja penjawat awam malah pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform (Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Bomba dan Sukarelawan Polis).

Bantuan ini telah diberikan oleh kerajaan Madani sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif kerajaan ini, bakal memanfaatkan hampir satu juta penerima dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform

Tarikh Pemberian BKKA 2023

Tarikh pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri ini, pada asalnya akan diberikan pada 17 April 2023, namun begitu, kerajaan telah mempercepatkan pengeluaran BKKA 2023 ini kepada 14 April 2023.

Tindakan ini telah di ambil oleh pihak kerajaan bagi membantu meringankan beban penjawat awam, pesara kerajaan, pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan dalam membuat persiapan Raya Aidlifitri 2023 agar tidak tergopoh-gapah.

BKKA

Jumlah BKKA 2023

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan bagi meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri dengan kos bernilai RM170 juta.

BKKA bagi pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan ini berada di bawah pengelolaan RISDA, LKIM, dan MADA, oleh itu bantuan ini dikira sekali bersama dengan Bantuan Musim Tengkujuh (RM800 untuk pekebun kecil getah), Bantuan Tunai Pesawah (RM200 untuk pesawah) dan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) (RM300 untuk nelayan) yang telah pun diberikan sebelum ini.

Maka nilai bantuan yang akan diterima adalah seperti dalam rajah di bawah:

BKKA 2023

Saluran Pembayaran BKKA 2023

Menerusi kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bayaran kepada pesawah akan dilakukan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Bayaran kepada nelayan laut dan nelayan darat masing-masing menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Untuk pekebun kecil getah, saluran bayaran adalah menerusi Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan BKKA 2023 bagi pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan anda boleh ke laman rasmi Kementerian Kewangan ATAU menerusi portal-portal berikut RISDA dan LKIM.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.