Takbir Raya merupakan lambang kemenangan umat Islam, yang setiap tahun akan dialunkan pada perayaan-perayaan penting seperti di Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha.
Namun begitu, pada zaman sekarang, tidak ramai yang tahu akan erti dan sejarah bermulanya takbir raya ini. Oleh itu, untuk mengetahui lebih lanjut teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.
Sejarah Takbir Raya Aidilfitri / Aidiladha
Sejarah Takbir Raya ini ada kaitannya dengan perang yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, iaitu perang Khandak atau Ahzab, yang telah berlaku pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah.
Takbir telah dilaungkan oleh para tentera Islam sejurus selepas mencapai kemenangan atas perintah Rasulullah S.A.W. yang bersabda:
“Allahuakbar, bergembiralah wahai orang-orang muslimin dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah S.W.T ini.”
Maka, secara ringkasnya, takbir ini bermula bagi menandakan kemenangan umat Islam dalam peperangan Khandak, dan dalam masa yang sama bagi menunjukkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas pertolongan yang diberikan sewaktu peperangan tersebut.
Takbir yang sama ini juga, telah dilaungkan setiap kali menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha dengan niat yang sama iaitu untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah S.W.T setelah berjaya menunaikan ibadah berpuasa sebulan lamanya dalam bulan Ramadan.
Waktu Bertakbir
Seperti yang dimaklumkan, umat Islam digalakkan untuk bertakbir dalam dua perayaan sahaja iaitu:
- AidilFitri (Takbir Mursal)
- Waktu takbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah selepas Maghrib pada 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.
- AidilAdha (Takbir Muqqayad)
- Waktu takbir bagi AidilAdha pula adalah bermula daripada waktu Subuh pada 9 Zulhijjah (Hari Arafah) sehinggalah pada waktu Asar 13 Zulhijjah
Lafaz dan Erti Takbir Raya
Dibawah merupakan lafaz takbir raya dan ertinya:
Dibawah ini merupakan video takbir raya yang boleh dijadikan panduan untuk anda:
Amalan yang dituntut pada Hari Raya Aidilfitri
Selain mengalunkan takbir, banyak amalan lain yang boleh kita lakukan sewaktu menyambut AidilFitri antaranya ialah:
- Zakat Fitrah (Wajib dibayar sebelum mendirikan Solat Sunat Aidilfitri)
- Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri
- Berhias
- Membersihkan diri, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang kemas dan cantik.
- Makan
- Mengucapkan tahniah dan ucapan hari raya seperti:
- “Taqabballahu Minna wa Minka“ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu).
- Solat Sunat Hari Raya
Maklumat Tambahan
Untuk maklumat tambahan berkenaan takbir ini boleh lihat dalam buku Panduan Takbir Raya dan Doa Ziarah Tetamu dibawah:
Baca juga: