Advertisements

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 & Tarikh Melihat Anak Bulan

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 & Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal

Hari Raya Aidilfitri 2023 merupakan satu perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia selepas berakhirnya bulan Ramadan.

Tarikh bagi perayaan ini akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja setelah membuat cerapan hilal ataupun secara hisab(kiraan) apabila anak bulan tidak dapat dilihat.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tarikh hari raya aidilfitri 2023 dan bagaimana ia ditentukan teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Isu Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023

Beberapa minggu yang lepas tular di Media Twitter berkenaan Tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023, yang dikatakan bakal jatuh pada 21 April 2023 dan isu ini telah pun diulas oleh pihak JAKIM sendiri seperti di dalam file PDF di bawah:

Apakah Cerapan Hilal?

Pihak JAKIM telah menjelaskan bahawa, pengisytiharan tarikh Hari Raya iaitu 1 Syawal, pada setiap tahun bagi negara Malaysia akan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah melakukan cerapan hilal.

Cerapan hilal atau cerapan anak bulan adalah satu kaedah menentukan bulan baharu dalam tahun Islam, di mana jika ternampaknya anak bulan dan ia mempunyai salah satu kriteria-kriteria berikut:

  1. Umur hilal sewaktu matahari terbenam adalah sekurang-kurangnya 8 jam selepas ijtimak
  2. Ketinggian (altitud) hilal mesti sekurang-kurangnya 2° dari ufuk (horizon) ketika terbenam matahari dan jarak lengkung matahari dan pusat bulan mesti sekurang-kurangnya 3°,

Maka kita akan masuk ke bulan baharu dalam tahun Islam, dan jika tidak berlaku kedua-duanya, makan bulan tersebut akan digenapkan selama 30 hari.

Lokasi Cerapan Hilal

Di Malaysia Cerapan Hilal ini akan dilakukan di 29 lokasi di seluruh Malaysia iaitu di:

  1.  Pontian Kecil, Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
  3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor
  5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
  6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.
  7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung
  8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang
  9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
  10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
  11. Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.
  12. Bukit Besar, Kuala Terengganu
  13. Bukit Geliga, Kemaman
  14. Pulau Perhentian, Besut
  15. Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA),
  16. Mukim Merang, Setiu di Terengganu
  17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh
  18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur
  19. Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  20. Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu di Kelantan.
  21. Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching
  22. Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)
  23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)
  24. Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berinchang di Cameron Highlands
  25. Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).
  26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan,
  27. Menara Kuala Lumpur
  28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
  29. Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.

Tarikh Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan) Bagi Hari Raya Aidilfitri 2023

Cerapan Hilal bagi menentukan Hari Raya Aidlifitri bagi tahun 2023 (1444H) adalah pada petang, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023 (Khamis).

hari raya 2023

Oleh itu pengumuman, tarikh 1 Syawal akan diumumkan pada 20 April tersebut.

*Nota: Semua pihak disaran membuat semakan ketepatan tarikh hijri yang terdapat pada jam digital azan khususnya di masjid dan surau agar sentiasa selari dengan kalendar hijri yang dikeluarkan oleh JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan oleh Panel Pakar Falak.

*Nota: Dibawah merupakan tarikh penuh cerapan bulan yang akan dilakukan bagi setiap bulan dalam tahun hijrah 1444/1445.

Tarikh Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023

Seperti yang dimaklumkan, tarikh hari raya Aidilfitri 2023, adalah berdasarkan cerapan hilal yang bakal dilakukan pada 20 April 2023 (Khamis).

Oleh itu, jika anak bulan telah terlihat pada tarikh tersebut, 1 Syawal akan jatuh pada 21 April 2022 (Jumaat), manakala jika tidak terlihat, bulan Ramadan akan digenapkan kepada 30 hari, dan 1 Syawal akan jatuh pada 22 April 2023 (Sabtu).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023 atau berkenaan cerapan hilal dan pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, anda boleh dapatkan maklumat tersebut di Laman Rasmi JAKIM atau di Sistem Rukyah Hilal Kebangsaan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: