Advertisements

“Tol Rahmah” Hadiah Sambutan Aidilfitri 2023 Buat Rakyat

Sempena Sambutan Aidilfitri 2023 ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan tol percuma atau “Tol Rahmah” sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia yang ingin pulang ke kampung halam sempena perayaan tersebut.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan “Tol Rahmah” ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.

tol rahmah

Tol Rahmah Percuma

Tol Rahmah atau tol percuma ini merupakan salah inisiatif kerajaan yang pertama kali dilakukan bagi meringankan beban rakyat yang ingin pulang ke kampung halaman bagi perayaan Aidilfitri 2023 ini.

Tol Rahmah Percuma ini akan dijalankan selama 4 hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena Aidilfitri ini bermula dari jam 12:01 pagi pada 19 April 2023 (Rabu) hingga jam 11:59 malam pada 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin) melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

33 Lebuh Raya Terlibat

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sebanyak 33 Lebuh raya yang terlibat dengan tol rahmah ini.

  1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
  4. Lebuhraya Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
  5. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  7. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
  8. Lebuhraya Karak – KL (KLK)
  9. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)
  10. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  11. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  12. Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
  13. Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
  14. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  15. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  16. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
  17. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  18. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  19. Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  20. Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)
  21. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRAND SAGA)
  22. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)
  23. Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX)
  24. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)
  25. Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)
  26. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  27. Lebuhraya KL – Kuala Selangor (LATAR)
  28. Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS)
  29. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  30. Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
  31. Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE)
  32. Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE)
  33. Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat tambahan berkenaan hal ini, anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM yang beroperasi 24 jam bermula 20 April sehingga 26 April 2023.

Anda juga boleh mendapatkan info tambahan berkenaan tol rahmah dari akaun Twitter @llmtrafik dan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.