Advertisements

Diskaun Saman Trafik: Kadar Khas RM50 Sempena Aidilfitri 2023

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa (18 April) lepas, dalam satu sidang media telah mengumumkan berkenaan diskaun saman trafik dengan kadar khas RM50 sempena sambutan perayaan Aidilfitri bagi tahun 2023 ini.

Bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan diskaun pembayaran saman trafik ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

Kadar Khas RM50 (Diskaun Saman)

YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan kadar khas bagi pembayaran saman trafik, bagi tahun 2022 dan tahun-tahun sebelumnya (Tahun 2023 dikecualikan), bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023, sebagai salah satu hadiah sempena Aidilfitri 2023.

Perkara ini telahpun diwar-warkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM melalui media sosial di mana pengguna hanya perlu membayar Kadar Khas Saman sebanyak RM50 sahaja untuk setiap saman trafik yang diperoleh dari tahun 2022 dan tahun-tahun sebelumnya.

Kaedah Pembayaran

Sempena Diskaun Saman Trafik (Kadar Khas RM50) ini, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam saluran media sosial mereka telah menyatakan bahawa mereka telah bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman agar dapat mempermudahkan orang ramai membayar saman mereka.

Pihak Polis akan mula membuka aplikasi dan kaunter pembayaran bermula 8:00 pagi, pada 21 April 2023 (Jumaat).

Pengguna boleh memilih salah satu kaedah pembayaran di bawah untuk melunaskan saman trafik PDRM tersebut:

  • Aplikasi MyBayar Saman
  • Kaunter bayaran trafik IPK dan IPD
  • Mesin ATM Maybank
  • Kaunter pejabat Pos Malaysia

Aplikasi MyBayar Saman tersebut boleh diakses melalui pautan yang telah diberikan atau boleh melalui aplikasinya yang boleh dimuat turun mengikut peranti milik anda:

Jadi jangan buang masa anda, dan terus muat turun agar anda dapat menikmati kelebihan diskaun saman yang diberikan oleh pihak kerajaan ini.

mybayar saman

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau permasalahan mengenai pembayaran kompaun saman, atau mengenai kadar khas saman RM50 ini, anda boleh menghubungi pihak berkenaan melalui cara dibawah untuk mendapatkan jawapan:

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.