Beberapa hari yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan beberapa hadiah pemberian kerajaan kepada rakyat Malaysia, yang diantaranya melibatkan cuti am tambahan sempena sambutan perayaan Aidilfitri 2023.
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan pemberian kerajaan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.
Cuti Am Tambahan Aidilfitri 2023
Pada 18 April 2023 (Selasa) yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah melakukan satu sidang media bagi mengumumkan beberapa berita gembira sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.
Antara berita gembira yang diumumkan, adalah melibatkan pemberian pelepasan cuti Am tambahan buat semua warga Malaysia, sama ada yang bekerja dalam sektor Kerajaan ataupun Swasta.
Pemberian cuti tambahan ini adalah sebagai hadiah buat rakyat Malaysia agar mereka dapat membuat persiapan bagi Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba.
Cuti Am ini akan jatuh pada hari Jumaat (21 April 2023) jika 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu (22 April 2023), manakala jika 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat (21 April 2023), hari Isnin (24 April 2023) akan menjadi cuti Am.
Nota: Kecuali di Sabah, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menyatakan, cuti umum tambahan bagi negeri Sabah jatuh pada 21 April 2023 (Jumaat) , selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am negeri Sabah.
Berita Gembira Sempena Aidilfitri 2023
Selain penambahan cuti Am, kerajaan juga telah mengumum beberapa hadiah lain sempena perayaan Aidilfitri ini diantaranya ialah:
1. TOL “RAHMAH” PERCUMA
Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma selama empat hari iaitu pada 19 April (Rabu), 20 April (Khamis), 21 April (Jumaat) dan 24 April 2023 (Isnin), kepada semua kelas kenderaan di 33 Lebuhraya di Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh baca artikel ini: Tol Rahmah: Hadiah Sambutan Aidilfitri 2023 Buat Rakyat Malaysia.
2. PROGRAM PELEPASAN BANDUAN SECARA LESEN (PBSL)
Atas ihsan kerajaan Madani, selain pemberian cuti Am bagi sambutan Aidilfitri 2023 ini, kerajaan juga bersetuju untuk memberi peluang kepada penghuni penjara untuk meraikan Aidilfitri dan merapatkan hubungan kekeluargaan mereka.
Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) ini melibatkan lebih 1,000 Orang Bebas Berlesen (OBB) sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.
3. KADAR KHAS BAYARAN SAMAN (RM50)
Selain Cuti AM, PBSL, dan Tol Rahmah, kerajaan juga telah bersetuju memberi peluang kepada rakyat untuk menyelesaikan saman trafik mereka dengan hanya RM50 sahaja daripada tarikh 21 April 2023 sehingga 21 Mei 2023.
Jadi bagi anda yang mempunyai saman yang belum dilunaskan, anda digalakkkan untuk membayar saman dalam tempoh ini.
Boleh baca lebih lagi berkenaan hal ini di: Diskaun Saman Trafik: Kadar Khas RM50 Sempena Aidilfitri 2023
Baca Juga: