Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, telah mengumumkan salah satu inisiatif kerajaan dalam meraikan perayaan Aidilfitri 2023, adalah berkenaan kuota internet tambahan percuma dan pulangan tunai bagi pengguna pakej prabayar
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kuota percuma dan pulangan tunai tersebut, anda boleh teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.
Kuota Internet Tambahan Percuma Aidilfitri 2023
Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023, YB Fahmi Fadzil yang merupakan Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, telah bersetuju untuk memberikan Kuota Internet Percuma dan Pulangan Tunai bagi pengguna pakej prabayar bagi tempoh tertentu sehingga 31 Mei 2023.
Inisiatif ini disediakan secara kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Inisiatif ini telah diambil oleh pihak kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat dan dalam masa yang sama bagi menjaga kebajikan rakyat sempena sambutan Aidilfitri 2023 ini.
Syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat dengan inisaitif ini adalah:
- Maxis
- Bonus 100GB menerusi pelan Internet HotlinkMU tertakluk pada tempoh sah laku pas yang dibeli.
- Sah sehingga 15 Mei 2023 sahaja.
- CelcomDigi
- Pelan video HD 555GB dengan harga RM5.00 sahaja, bagi melayari video dan tempoh sah laku adalah selama empat hari.
- Sah sehingga 15 Mei 2023 sahaja.
- Unifi Mobile
- Pulangan tunai RM5 dengan pelan Internet prabayar 4G/5G.
- RM35 data 4G dan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had selama 30 hari.
- Sah sehingga 5 Mei 2023.
- Umobile
- Bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan
- Sah sehingga 31 Mei 2023 sahaja.
- YES
- Bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama tujuh hari.
- Sah sehingga 15 Mei 2023 sahaja.
Nota: Kemudahan yang disediakan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran kuota internet percuma dan pulangan tunai bagi pakej prabayar ini, anda boleh mendapatkannya di laman media YB Fahmi Fadzil sama ada di Facebook atau di Twitter beliau.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat tambahan melalui portal rasmi penyedia perkhidmatan anda:
Baca juga: