Bantuan Am Persekutuan merupakan salah satu bantuan kerajaan Malaysia yang berada di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberikan kepada individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kelansungan hidup mereka.
Permohonan bantuan ini telahpun dibuka, untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara permohonan dan syarat kelayakannya, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Bantuan Am Persekutuan
Bantuan Am Persekutuan ini merupakan satu bantuan yang diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Perkhidmatan bantuan kewangan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat ini disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Skim bantuan yang diwujudkan ini adalah sebagai alat dalam proses menolong rakyat yang kurang berkemampuan ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Objektif Bantuan Am Persekutuan
Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Baca Juga:
Kadar Bantuan Am Persekutuan
Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan:
- Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang
- Maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
Syarat Kelayakan
Dibawah merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon.
1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain.
Cara Permohonan
Permohonan bantuan am persekutuan ini tidak boleh dilakukan secara atas talian, namun, borang bagi permohonan ini boleh diperoleh dengan cara berikut:
- Pergi ke Laman Rasmi Belanjawan 2023
- Klik pada Bantuan Kewangan
- Pilih kategori Bantuan Tunai dengan status Permohon Dibuka
- Pilih Bantuan Am Persekutuan
- Tekan pada butang Mohon Disini dan muat turun borang yang dipaparkan
- Lengkapkan segala butiran di dalam borang permohonan tersebut
- Hantarkan borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Negeri / Daerah / Jajahan yang berdekatan dengan kawasan anda.
Dokumen Sokongan Yang Perlu Disediakan
Dibawah merupakan senarai dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan Bantuan Am Persekutuan:
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat tambahan anda boleh melayari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau anda boleh menghubungi pegawai JKM bertugas di talian di bawah:
No. Tel: 03-8882 4666/03-8882 9089
ATAU;
Anda boleh mendapatkan maklumat tambahan tersebut di laman sosial JKM:
- Twitter: JKMHQ
- Facebook: Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Instagram: jkmhq