Advertisements

Surat Berhenti Kerja: Contoh Notis 24 Jam, 2 Minggu & Sebulan

Bagi yang ingin berhenti kerja daripada kerja sedia ada, sama ada di sebabkan faktor keluarga, kesihatan ataupun telah mendapat tawaran yang lebih baik, anda perlu pastikan yang anda tidak berhenti begitu sahaja tanpa memberikan sebarang surat berhenti kerja kepada majikan anda

Hal ini, bagi menunjukkan tahap profesionalisme anda dan dalam masa yang sama mampu mengelakkan anda daripada perkara-perkara yang tak diingini.

Di bawah merupakan beberapa koleksi surat berhenti kerja yang boleh anda ikuti sebagai rujukan anda.

Surat Berhenti Kerja

Notis Berhenti Kerja merupakan dokumen rasmi yang sangat penting apabila anda ingin berhenti bekerja dengan sesebuah perusahaan tidak kira ia syarikat besar ataupun kecil.

Hal ini demikian kerana, surat ini akan direkodkan dalam sistem syarikat dan profil anda sebagai seorang pekerja dimana, jika terdapat sebarang masalah atau percanggahan di antara anda dan syarikat lama anda bekerja, semuanya boleh dirujuk semula kepada surat rasmi tersebut.

Hal ini, seterusnya boleh membantu dalam mengelakkan salah faham sebab semuanya ditulis secara rasmi.

Perkara Yang Perlu Ada Dalam Notis Berhenti Kerja Anda

Surat Berhenti Kerja merupakan satu dokumen rasmi, oleh itu cara penulisan juga perlu dalam format rasmi, di mana anda perlu memastikan perkara seperti Alamat anda, alamat majikan (penerima), tajuk surat (Contoh: PER: NOTIS BERHENTI KERJA BERKUATKUASA PADA [TARIKH]), tarikh dan tandatangan perlu ada dalam surat tersebut.

Selain perkara tersebut, perkara lain yang perlu ada dalam notis berhenti anda adalah:

  • Perenggan Pertama
    • Maklumat Diri Anda
    • Tujuan Penulisan Surat
    • Tarikh Peletakan Jawatan
  • Perenggan Kedua
    • Sebab Anda Ingin Meletakkan Jawatan.
  • Perenggan Akhir
    • Ucapkan Terima Kasih

Jenis Notis Berhenti Kerja

Terdapat beberapa jenis surat berhenti kerja yang boleh anda contohi berdasarkan keperluan dan tempoh perletakan jawatan anda:

24 Jam

Dibawah adalah contoh notis berhenti kerja dalam tempoh 24 Jam:

Surat Berhenti Kerja 24 Jam
Sumber: Jeff Fakhrurrazi

2 Minggu

Dibawah adalah contoh notis berhenti kerja dalam tempoh 2 Minggu:

Surat Berhenti Kerja-2-week
Sumber: Jeff Fakhrurrazi
Sumber: Fara Nadira

Sebulan

Dibawah adalah contoh surat berhenti kerja dalam tempoh 1 bulan:

Sumber: Jeff Fakhrurrazi
Sumber: Farid Affy

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berhenti

Selain memberikan surat berhenti kerja, anda perlu memastikan anda melakukan perkara-perkara di bawah bagi mengekalkan hubungan baik di antara anda dengan syarikat lama anda bekerja:

  1. Settlekan kerja
  2. Handover dengan ikhlas
  3. Kekalkan semangat
  4. Minta surat reference dari boss
  5. Make sure connect LinkedIn dengan kawan sekerja
  6. Say good bye. Jangan hilang macam tu je

Akhir sekali tunjukkan yang korang ni appreciate dapat kerja dengan diorang. Kalau rajin boleh tulis farewell message via email ke.

Point kat sini adalah, pastikan korang tinggalkan tempat tu dengan nama dan hubungan yang baik sebab korang takkan tahu future korang nanti macam mana. Mungkin akan bekerjasama in the future atau apa-apa.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.