MyBrain 2.0 merupakan sambungan biasiswa MyBrain 15 yang merupakan satu biasiswa kerajaan yang diberikan kepada pelajar yang menyambung pendidikan mereka pada peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PhD) secara sepenuh masa dalam bidang tertentu.
Sebelum ini, pemberian biasiswa ini telah dihentikan pada tahun 2016 namun pihak KPTM telah memutuskan untuk menyambung semula biasiswa ini bermula tahun hadapan dengan pengukuhan dan penambahbaikan yang lebih baik.
Berikut merupakan maklumat berkenaan program biasiswa ini dengan lebih terperinci. Pastikan anda terus membaca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi tentang hal ini.
MyBrain 2.0
MyBrain15 ialah program penajaan oleh kerajaan Malaysia untuk pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana dan PhD yang diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang telah diberhentikan pada tahun 2016.
Namun begitu, baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan program Biasiswa MyBrain 15 dengan nama baharu iaitu MyBrain2.0. Menurut KPTM, permohonan baharu bagi program penajaan MyBrain 2.0 ini dijangka akan dibuka bermula Januari 2024 tahun hadapan.
Penerusan program penajaan ini bakal mensasarkan seramai 500 orang penerima dalam kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang bakal melanjuntkan pengajian di peringkat pascasiswazah setiap tahun.
Objektif
Berikut adalah objektif penerusan program penajaan MyBrain 2.0 ini:
- Membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan
- Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya, peningkatan pendapatan dan taraf hidup
- Meningkatkan visibiliti dan penarafan Universiti Awam (UA) dan sektor pendidikan tinggi Malaysia
Dapatkan buku-buku terbitan KaryaSeni dengan harga berpatutan di sini.
Penambahbaikan MyBrain 2.0
Berikut adalah penambahbaikan yang telah dilakukan bagi MyBrain 2.0 ini:
- Memastikan pelajar tamat pengajian tepat pada masanya
- Pelajar boleh pilih tempat pendidikan di universiti awam & IPTS terpilih
- Elaun sara hidup RM1000 sebulan sepanjang pendidikan
- Melalui tapisan kelayakan akademik lebih ketat
- Sesi temuduga diwajibkan bagi pelajar baharu
Syarat Permohonan
Progam MyBrain 2.0 dikhususkan untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di universiti awam dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) terpilih dalam negara dengan keutamaan diberikan kepada pelajar dalam bidang berikut:
- Sains
- Teknologi
- Kejuruteraan
- Matematik .
Pemohon yang layak memohon bagi program penajaan ini adalah pelajar peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di universiti awam dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) terpilih yang terdiri daripada :
- Orang awam yang tidak bekerja
- Tidak mempunyai pendapatan tetap
- Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
Pada kali ini juga, setiap pemohon yang disenarai pendek akan ditemuduga bagi memastikan hanya calon yaang benar-benar layak sahaja diberikan penajaan.
Tarikh Permohonan
Permohonan biasiswa MyBrain 2.0 ini dijangkakan akan dibuka bermula Januari 2024. Sebarang maklumat rasmi berkenaan hal ini akan kami umumkan dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan program penajaan MyBrain 2.0 ini, anda boleh dapatkannya melalui laman rasmi KPT atau melalui laman Facebook mereka Facebook-Kementerian Pendidikan Tinggi.