Advertisements

Cuti Sekolah 2024 : Cuti Perayaan, Cuti Penggal & Takwim KPM

Ibu bapa yang bakal merancang percutian atau hari keluarga pada tahun hadapan pastinya ingin tahu bilakah cuti sekolah bagi tahun 2024 agar perancangan dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Berikut kami senaraikan cuti yang bakal diperoleh bagi pelajar sekolah sesi 2024/2025 beserta takwim lengkap persekolahan. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lagi tentang hal ini.

Tarikh Mula Sekolah

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal bersekolah pada tahun hadapan, sesi persekolahan bagi sesi 2024/2025 akan bermula pada bulan Mac seperti berikut:

  • Kumpulan A: 10 Mac 2023 (Ahad)
  • Kumpulan B: 11 Mac 2023 (Isnin)

NOTA:

  • Kumpulan A – Sekolah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
  • Kumpulan B – Sekolah di Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

Beli kalendar menarik di Shopee agar anda dapat menetapkan tarikh dan hari dengan mudah.

Takwim Kalendar Akademik (KPM) Sesi 2024/2025

Berikut merupakan takwim kalendar akademik sesi 2024/2025 yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia:

Kumpulan A

Bagi kumpulan A, mereka akan bersekolah bermula 10 Mac 2024 (Ahad) dan sesi persekolah akan berakhir pada 16 Januari 2025 (Khamis).

cuti-sekolah-2024-A

Kumpulan B

Bagi kumpulan B, mereka akan bersekolah bermula 11 Mac 2024 (Isnin) dan sesi persekolah akan berakhir pada 17 Januari 2025 (Jumaat).

cuti-sekolah-2024-B

Cuti Penggal Pelajar Sekolah

Berdasarkan takwim akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 yang telah dikeluarkan terdapat tiga cuti penggal yang bakal dijalani oleh para pelajar iaitu:

  1. Kumpulan A
    • Cuti Penggal 1 : 24.05.2024 – 02.06.2024
    • Cuti Penggal 2 : 13.09.2024 – 21.09.2024
    • Cuti Penggal 3 : 20.12.2024 -28.12.2024
  2. Kumpulan B
    • Cuti Penggal 1 : 25.05.2024 – 02.06.2024
    • Cuti Penggal 2 : 14.09.2024 – 22.09.2024
    • Cuti Penggal 3 : 21.12.2024 -29.12.2024

Bagi cuti akhir persekolahan pula ia jatuh pada tarikh berikut:

  • Kumpulan A – 17.01.2025 – 15.02.2025
  • Kumpulan B – 18.01.2025 – 16.02.202

Cuti Tambahan Perayaan

Bagi cuti sekolah 2024 yang melibatkan perayaan pula, pelajar akan memperoleh cuti tambahan pada tarikh berikut:

  1. Kumpulan A
    • Hari Raya Aidilfitri : 7 April 2024 (Ahad) – 9 April 2024 (Selasa)
    • Deepavali : 30 Oktober 2024 (Rabu)
  2. Kumpulan B
    • Hari Raya Aidilfitri : 8 April 2024 (Isnin), 9 April 2024 & 12 April 2024 (Jumaat)
    • Deepavali :
      • 30 Oktober 2024 & 1 November 2024 ( Semua negeri kecuali Sarawak)
      • 31 Oktober 2024 (Negeri Sarawak Sahaja)

Cuti lain:

  • Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) : 30 dan 31 Mei 2024
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 1 dan 2 Jun 2024
  • Perayaan Hari Krismas : 25 Disember 2024
  • Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2024 : 10 dan 11 Februari 2024
  • Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 29 dan 30 Januari 2025

Sebagai peringatan ibu bapa, anda boleh simpan fail pdf di bawah :

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.