Advertisements

e-Tunai Belia Rahmah : Syarat & Cara Pendaftaran

Pada 24 Februari 2023, Perdana Menteri kita Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan belanjawan atau bajet negara pada tahun ini dan di antara yang telah diumumkan adalah Bantuan e-Tunai Belia Rahmah.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan bantuan ini boleh membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Apakah Bantuan e-Tunai Belia Rahmah?

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah, merupakan satu bantuan khas yang diberikan kepada belia di Malaysia.

Bantuan ini telah disahkan dalam pengumuman peruntukan belanjawan bagi tahun 2023 yang telah dumumkan secara siaran langsung pada petang tadi.

e-tunai belia rahmah

Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia berkata kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai berikut yang berjumlah RM200 kepada dua juta belia.

Pemberian kredit e-Tunai ini menelan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Penerima Bantuan e-Tunai Belia

Penerima bantuan e-tunai belia rahmah ini semestinya terdiri daripada golongan belia, namun begitu, penerima bantuan ini hanya terdiri daripada dua kategori sahaja iaitu:

  1. Belia berusia 18-20 tahun dan;
  2. Individu berusia 21 tahun dan ke atas yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Kadar Bantuan e-Tunai

Melalui bajet 2023 ini, kerajaan Malaysia Madani telah memperuntukkan dana bagi membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan e-tunai belia rahmah ini.

Bantuan eTunai ini juga telah dinaikkan jumlahnya iaitu daripada RM150 kepada RM200 pada tahun 2023.

Oleh itu, dengan wujudnya bantuan ini, diharapkan dapat membantu belia Malaysia, yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Cara Mendaftar Bagi Mendapatkan Bantuan e-Tunai

Mekanisme penyaluran bantuan e-tunai belia rahmah ini masih belum diterangkan oleh pihak kerajaan lagi.

Pihak semakanonline.com akan mengemaskini maklumat ini sejurus info berkenaan saluaran bantuan tersebut dikongsi oleh pihak kerajaan.

Maklumat Tambahan

Dibawah merupakan fail PDF yang mebincangkan tentang belanjawan 2023 dan e-tunai belia:

Selain itu anda juga boleh pergi ke laman rasmi Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tambahan seperti teks ucapan, video penuh, dan infografik berkenaan belanjawan 2023 di pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/ms/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.