Advertisements

Hari Raya Haji 2023 – Tarikh Perayaan & Tarikh Cuti Sekolah

Hari Raya Haji 2023 – Tarikh Perayaan & Tarikh Cuti Sekolah

Perayaan Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya AidilAdha merupakan salah satu perayaan terbesar yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia selain perayaan Adilfitri.

Perayaan ini disambut dan diraikan sempena menghargai dan memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail A.S. atas perintah Allah S.W.T.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sambutan perayaan ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

hari raya haji

Pengenalan Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Haji merupakan perayaan umat Islam yang akan disambut pada hari ke sepuluh (10), sebelas (11), dua belas (12) dan tiga belas (13) bulan Zulhijjah setiap tahun bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. yang sanggup mengorbankan anaknya sendiri bagi menunaikan perintah Allah.

Perayaan Aidiladha ini dikenali juga sebagai Hari Raya Korban. Hal ini demikian kerana perkataan “Adha” itu sendiri dalam bentuk jamaknya “dahiyah” bererti haiwan korban.

Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.

Dari segi bahasa, ibadah korban yang dijalankan dalam menyambut perayaan ini membawa maksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Pada Hari Raya Haji ini, haiwan ternakan yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.”

Hadis riwayat At-Tirmizi

Hikmah Ibadat Korban

Dibawah merupakan hikmah dan kebaikan yang diperoleh apabila melakukan ibadah korban ini:

Aidiladha
Sumber : Yayasan Pahang

Tarikh Cuti Hari Raya Haji 2023

Penentuan tarikh perayaan hari raya haji bagi tahun 2023 ini akan diisytiharkan selepas melihat anak bulan dilakukan.

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan Aidiladha ini akan dilakukan pada petang Ahad, 18 Jun 2023 bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijriah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh 1 Zulhijjah dan tarikh Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) pada malam tersebut juga, melalui radio dan televisyen.

Namun begitu, perayaan ini telah dianggarkan berkemungkinan jatuh pada tarikh 29 Jun 2023 (Khamis).

Hari Raya Haji 29 Jun

Cuti Sekolah Sempena Aidiladha 2023

Bagi pengetahuan anda yang mempunyai anak bersekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah memberi cuti tambahan sehari kepada Negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu) manakala cuti tambahan dua (2) hari diberikan kepada Negeri Kumpulan B (Negeri selain negeri kumpulan A) sempena Hari Raya Aidiladha 2023 ini.

Oleh itu, tarikh cuti bagi sekolah-sekolah adalah seperti berikut :

  • 28.6.23: Rabu (Cuti Tambahan KPM)
  • 29.6.23: Khamis (Cuti Umum)
  • 30.6.23: Jumaat
  • 1.7.2023 – Sabtu
  • 2.7.23 – Ahad (*Negeri Kumpulan B sahaja)

*Nota: Untuk mengetahui berkenaan cuti pelepasan am yang lain, anda boleh lihat di dalam dokumen di bawah:

Amalan Sunat Pagi Hari Raya Haji

Berikut merupakan amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam sewaktu Hari Raya Korban ini:

  • Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  • Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  • Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  • Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.
  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  • Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  • Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  • Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  • Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  • Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.