Waktu Wukuf 2023 Di Arafah & Malaysia
Bagi yang bakal atau pernah melakukan ibadah haji, anda mesti tahu berkenaan ibadah wukuf yang merupakan salah satu rukun haji, yang wajib dijalankan pada 9 Zulhijah yang juga merupakan pada hari arafah.
Namun bagi, yang belum tahu berkenaan apa itu wukuf dan bagaimana ia dijalankan, pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.
Apa itu Wukuf?
Wukuf merupakan salah satu rukun haji yang melibatkan penunai haji berkumpul di padang Arafah pada 9 Zulhijah dalam takwim Hijrah .
Wukuf ini dilakukan bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.
Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali, dan mereka telah dipertemukan oleh Allah S.W.T di Padang Arafah iaitu di Jabal ar Rahmah.
Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah sebelum permohonan ampun mereka akhirnya diterima Allah.
Dengan ini, Padang Arafah bertindak sebagai menjadi tempat muhasabah diri dengan menyesali segala dosa yang dilakukan sebelum ini dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima.
Waktu dan Tarikh Wukuf 2023
Ibadah wukuf ini akan dilaksanakan pada selepas gelincir matahari iaitu ketika masuknya waktu zohor pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar iaitu sebelum subuh pada 10 Zulhijjah.
Pada tahun 2023 ini, waktu wukuf jatuh pada 27 Jun 2023, seperti yang diumumkan oleh pihak Haramain melalui PENGUMUMAN KEPUTUSAN RUKYATUL HILAL MAKKAH.
Tarikh Hari Arafah ini adalah sama dengan tarikh yang diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja di Malaysia secara langsung melalui televisyen.
Doa Hari Arafah
Berikut merupakan doa yang boleh dibaca sewaktu ibadah wukuf ini sedang dilaksanakan:
Selain itu, anda juga digalakkan membaca doa dibawah pada hari tersebut sebanyak 100 kali :
Hal ini demikian kerana menurut Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ
Maksudnya: “Barang siapa yang membaca
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ’
‘Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qodir’
(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),
sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini”.
(HR Bukhari, hadis sahih)