Contoh Ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha 2023 Buat Keluarga & Rakan
Sempena sambutan Hari Raya Haji yang akan datang, berikut kami senaraikan contoh ucapan yang boleh anda berikan kepada keluarga dan sahabat handai sempena perayaan Aidiladha 2023 ini.
Ucapan ini diberikan sebagai tanda bahawa anda mengingati mereka sewaktu perayaan ini.
Pengenalan Hari Raya Haji / Aidiladha 2023
Perayaan Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya AidilAdha merupakan salah satu perayaan terbesar yang akan disambut pada hari ke sepuluh (10), sebelas (11), dua belas (12) dan tiga belas (13) bulan Zulhijjah setiap tahun
Perayaan ini disambut dan diraikan sempena menghargai dan memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail A.S. atas perintah Allah S.W.
Pada Hari Raya Haji ini, haiwan ternakan yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
Hadis riwayat At-Tirmizi
Baca juga: Hari Raya Haji 2023: Tarikh Perayaan & Tarikh Cuti Sekolah
Tarikh Hari Raya Aidiladha
Penentuan tarikh perayaan hari raya haji bagi tahun 2023 ini akan diisytiharkan selepas melihat anak bulan dilakukan.
Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan Aidiladha ini akan dilakukan pada 18 Jun 2023 bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijriah, dan akan diumumkan tarikh 1 Zulhijjah dan tarikh Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam tersebut juga, melalui radio dan televisyen.
Namun begitu, perayaan ini telah dianggarkan berkemungkinan jatuh pada tarikh 29 Jun 2023 (Khamis)
Koleksi Ucapan
UCAPAN 1
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN
UCAPAN 2
Selamat Hari Raya Haji, semoga kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan menghargai nilai-nilai keimanan, kebersyukuran, serta saling berkasih sayang antara sesama umat Islam.
UCAPAN 3
Pada Hari Raya Haji yang suci ini, semoga keikhlasan dan keberkatan menyertai setiap langkah kita. Selamat Hari Raya Haji, selamat beribadah korban dan berbagi kebahagiaan dengan sesama.
UCAPAN 5
Seandainya inginkan kebahagiaan, kena sentiasa bersedia untuk berkorban. Kerana dalam tiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan. Semoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT. – Selamat Hari Raya Aidiladha
UCAPAN 6
Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa. Dengan ingatan tulus ikhlas. Disusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf andai ada tersalah laku serta terkasar bahasa.
UCAPAN 7
Sempena Aidiladha yang mulia ini, marilah kita saling bermaafan dan mempereratkan silaturahim antara satu sama lain. Semoga kebahagiaan dan keberkatan melimpah dalam hidup kita. Selamat Hari Raya Haji!
UCAPAN 8
Dalam suasana penuh syukur, kita sambut Hari Raya Aidiladha dengan hati yang ikhlas. Selamat Hari Raya Haji, semoga keimanan kita semakin kokoh dan kita mendapat berkat dalam setiap langkah kehidupan.
UCAPAN 9
Di hari yang berbahagia ini, marilah kita mempersembahkan semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS dengan kesungguhan hati. Selamat Hari Raya Haji, semoga Allah memberkati segala usaha dan amalan kita.
UCAPAN 10
Pada Hari Raya Haji yang mulia ini, mari kita renungkan makna pengorbanan dan kesetiaan Nabi Ibrahim AS. Selamat Hari Raya Haji, semoga kita mampu meneladani semangat pengorbanan beliau dalam kehidupan kita.
Koleksi Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha
PANTUN 1
Bulan Zulhijjah bulan mulia
Disambut dengan hati gembiri
10 Zulhijjah kini menjelma
Ucapan di kirim maaf dipinta
PANTUN 2
Mentari jingga awan berarak,
Bulan tiba bersilih mentari,
Ibadah korban kita semarak,
Moga diterima Rabbul Izzati.
PANTUN 3
Apabila Terjaga Di Pagi Hari,
Lihat Semua Berlawa Sakan,
Aidiladha Berkunjung Lagi,
Marilah Sama Kita Raikan.
PANTUN 4
Lembu dan Kambing sedang menanti,
Untuk dikorbankan sekejap lagi,
Sucikan diri ikhlaskan hati
Semoga korban diterima ilahi
PANTUN 5
Cari cacing di bawah titi,
Buat umpan pergi mengail
Ibadah korban kita hayati,
Lambang pengorbanan Ibrahim & Ismail
SALAM AIDIL ADHA