Advertisements

7 Cara Mengundi PRU14: Proses Pengundian Di Bilik Mengundi

Berikut dikongsikan proses pengundian dan cara-cara mengundi PRU14 pada 9 Mei 2018. Panduan ini disediakan oleh SPR melalui portal rasmi mereka.

Bagi anda pertama kali akan mengundi tahun ini, pastikan baca dan hadam proses pengundian supaya segalanya berjalan dengan lancar pada hari mengundi nanti.

Dan jangan lupa untuk semak tempat mengundi di portal rasmi SPR.

Cara Mengundi PRU14

Proses pengundian akan dibuat di 8,989 buah premis  (termasuk sekolah-sekolah) menjadikan jumlah keseluruhan 28,995 buah tempat mengundi seluruh Malaysia.

Dan dianggarkan sebanyak 14,940,624 pengundi akan turut serta termasuk:

  • Pemilih Biasa – 14,636,716 orang
  • Pemilih Awal (Tentera dan Pasangan/Polis) – 300,255 orang
  • Pengundi Tidak Hadir Luar Negara – 3,653 orang

Cara mengundi adalah seperti berikut:

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal pintu masuk
  2. Serahkah MyKad atau dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
  3. Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
  4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih.
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
  6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
  7. Keluar segera dari tempat undi.

Keseluruhan proses pengundian akan diperhatikan oleh pegawai bertugas.

Anda boleh rujuk infografik di bawah untuk penerangan yang lebih jelas.

cara mengundi