Advertisements

Tak Perlu Alat Jimat Elektrik Kalau Amalkan 14 Tip Dari TNB Ini

Ramai yang masih percayakan alat jimat elektrik sedangkan terdapat banyak lagi cara nak jimat elektrik. Berikut TNB kongsikan 14 tip berguna bagaimana anda boleh kurangkan komitmen bil elektrik setiap bulan.

Baca juga: Cara Jimat RM1,000 Setahun Dengan Aircond Baru

Tip Jimat Elektrik

1. Guna ruangan mesin basuh semaksima mungkin. Jika boleh masuk lagi banyak baju, lagi bagus!

tip jimat elektrik

2. Pastikan filter pendingin udara anda telah dicuci supaya ia boleh beroperasi secara efisyen

alat jimat elektrik

3. Semasa pendingin udara dihidupkan, tutup semua pintu dan tingkap. Lebih kecil ruangan, lebih rendah bil yang perlu ditanggung.

4. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga yang sikit untuk penjimatan yang lebih

5. Gosok baju dalam jumlah yang banyak setiap seminggu sekali

6. Maksimumkan air dalam cerek elektrik ketika masak. Lebih jimat sebenarnya!

7. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 rating serta logo merah seperti di dalam gambar:

8. Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen

9. Jangan biarkan PC, laptop atau monitor LCD berada dalam keadaan standby jika tidak digunakan

10. Boleh gunakan timer untuk peralatan yang diperlukan pada masa yang tertentu sahaja

11. Gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik anda

12. Set suhu penghawa dingin yang paling efisyen adalah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun

13. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama untuk menjimatkan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.

14. Gunakan mod ‘Cold Wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang banyak untuk memanaskan air

Semoga perkongsian dari TNB ini dapat membantu anda menjimatkan bil elektrik setiap bulan.

Sekiranya artikel ini membantu, jangan lupa untuk klik share supaya lebih ramai mendapat manfaat.

Artikel asal diterbitkan di SAYS Malaysia.