Pendaftaran Program Subsidi Carseat 2020 Untuk Golongan B40

Umum sedia maklum tahun depan undang-undang pemakaian kerusi keselamatan akan dilaksanakan.

Berikut kami kongsikan senarai program subsidi carseat 2020 untuk golongan B40.

Diharapkan lebih banyak subsidi carseat diperkenalkan terutama untuk penerima Bantuan Sara Hidup 2020 demi keselamatan anak-anak mereka.

Program Subsidi Carseat Anjuran BMW

Terkini BMW Malaysia dengan kerjasama Safe’ n Sound dan Childline Foundation telah memperkenalkan carseat bersubsidi untuk keluarga yang bakal menimang cahaya mata atau keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang berat tidak melebihi 13kg, dan juga pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.

Melalui program tersebut, anda boleh membeli carseat berjenama snskidz Ace pada harga serendah RM100 sahaja (harga biasa RM199 seunit).

subsidi carseat 2020

Cara penyertaan cukup mudah. Anda hanya perlu:

  1. Isi borang pendaftaran di sini
  2. Sekiranya terpilih anda akan menerima emel pengesahan
  3. Penerima perlu membuat pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi dan mengambilnya di pusat khidmat pelanggan Safe’n Sound di Glenmarie, Shah Alam.

Sila bawa bersama bukti pembayaran dan kad pengenalan, semasa mengambil carseat baru anda.

Baca juga: Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020

Syarat Penyertaan

Berikut adalah syarat penyertaan program subsidi carseat ini.

  • Terbuka untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Peserta mestilah bakal ibu bapa atau mempunyai kanak-kanak yang berat tidak lebih daripada 13kg
  • Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah dari isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000
  • Setiap orang hanya layak untuk satu penyertaan
  • Pendaftaran Program Subsidi ini bermula dari 2 Disember 2019 hingga 15 Disember 2019. Sebarang penyertaan selepas tarikh ini tidak akan diterima
  • 150 orang penerima Program Subsidi akan dipilih selepas pendaftaran ditutup dan akan dimaklumkan melalui e-mel.
  • Pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi hendaklah dilakukan sebelum pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak
  • Penerima akan dimaklumkan mengenai tarikh pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak
  • Kerusi keselamatan kanak-kanak hendaklah diambil di pejabat Safe ‘n Sound: 5 & 7, Jalan Jurunilai U1/20, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor
  • Bukti pembayaran dan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama semasa pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
  • Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak boleh dijual semula atau diberi kepada orang lain. Ia hanya boleh diambil dengan menggunakan kad pengenalan penerima sahaja
  • Sekiranya penerima tidak dapat mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat yang ditetapkan, Safe ‘n Sound akan menyediakan perkhidmatan penghantaran. Sila maklumkan melalui e-mel setelah penerima menerima e-mel pengesahan
  • Setiap pendaftaran di Program Subsidi ini akan dianggap sebagai menerima terma dan syarat ini
  • BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound mempunyai hak, mengikut budi bicara mutlaknya dan pada bila-bila masa, untuk menukar atau mengubahsuai terma dan syarat ini. Perubahan sedemikian akan berkuat kuasa sebaik sahaja laman sesawang ini di kemas kini
  • BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound juga berhak untuk membatalkan Program Subsidi ini sekiranya keadaan berada di luar kawalannya
  • Data peribadi anda akan dikumpulkan oleh BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound untuk tujuan Program Subsidi ini sahaja dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga

Untuk info lanjut atau pertanyaan lain, anda boleh hubungi terus pihak Safe ‘n Sound di talian 03-58702284.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.