Advertisements

Senarai Bantuan Kerajaan 2020 Yang Boleh Anda Mohon Sekarang

Tak lama lagi kita bakal memasuki tahun 2020.

Berikut dikongsikan senarai bantuan kerajaan 2020 yang boleh anda mohon.

Menariknya permohonan boleh dibuat secara online sahaja tanpa perlu cop pengesahan JKKK, pegawai daerah dan sebagainya.

Sebahagian daripada bantuan ini baru sahaja diperkenalkan dalam Belanjawan 2020.

Sebahagian lagi insentif yang diteruskan tahun sebelum ini.

Bantuan Sara Hidup 2020

Bantuan Sara Hidup atau BSH 2020 masih diteruskan dengan kadar tambahan buat penerima kategori bujang.

Seperti biasa BSH akan mula diedarkan pada bulan Januari, Mei dan Ogos nanti.

Urusan kemaskini / permohonan baru biasanya dibuka pada bulan Februari nanti.

Sebarang berita terkini Bantuan Sara Hidup akan dikemaskini di channel Telegram ini (klik untuk join).

Subsidi Minyak Petrol

program subsidi petrol

Bagi penerima BSH, anda juga layak menerima subsidi petrol sebanyak RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motosikal yang dikira setiap bulan.

Agihan subsidi petrol ini akan dibuat bermula Januari nanti.

Orang ramai boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol fi portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober lepas.

Program Sarapan Percuma

program sarapan percuma sekolah rendah

Bagi murid-murid sekolah rendah pula, anda boleh menikmati insentif program sarapan percuma tahun depan.

Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang.

eTunai Rakyat

etunai rakyat rm30

Bagi menggalakkan penggunaan ewallet, kerajaan menyediakan insentif kredit RM30 dalam program eTunai Rakyat.

Melalui program ini, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah akan menerima RM30 melalui dompet digital terpilih.

Penebusan boleh dibuat bermula 15 Januari nanti.

Lain-Lain Senarai Bantuan Kerajaan 2020

Dapatkan lebih banyak senarai bantuan kerajaan di sini.

Antara yang masih aktif dan boleh dimohon termasuklah:

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.