Anak-anak Selangor yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dialu-alukan untuk memohon Hadiah Pengajian IPT atau HPIPT berjumlah RM1,000.
Hadiah IPT yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk menggalakkan anak-anak Selangor untuk menyambung pengajian mereka di IPT terutamanya bagi keluarga yang berpendapatan rendah.
Menerusi HPIPT ini, anak-anak Selangor yang melanjutkan pengajian ke IPT sama ada pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah layak memohon.
Setiap pemohonan hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
Permohonan HIPT dibuka kepada ana-anak Selangor mulai 3 Ogos hingga 4 September 2020 secara online.
Syarat Kelayakan HPIPT
Permohonan HIPT tertakluk kepada beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:
- Warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor.
- Pemohon telah ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA/IPTS bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
- Pemohon adalah pelajar tahun pertama.
- Pemohon mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Jumlah pendapatan isi rumah adalah RM5,000 ke bawah.
Cara-Cara Memohon
Pemohon yang ingin memohon HIPT boleh mengikuti langkah-langkah membuat permohonan seperti berikut:
- Layari laman web https://hpipt.selangor.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Permohonan HIPT.’
- Klik butang ‘Daftar Baharu.’
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang disediakan.
- Setelah selesai mengisi maklumat dan menanda kesemua syarat-syarat kelayakan serta bersetuju dengan syarat, terma, dan polisi sistem tersebut, klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’
- Kemudian, log in dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Setelah berjaya log in, sila muat naik dokumen yang diperlukan iaitu:
i) Sijil kelahiran pemohon.
ii) Kad pengenalan pemohon.
iiI) Surat pengesahan permastautin pemohon.
iv) Surat tawaran daripada IPT pemohon.
v) Sijil berhenti sekolah pemohon.
vi) Slip gaji atau penyata pendapatan pemohon.
vii) Surat perakuan pendapatan ibu dan bapa/penjaga pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT.
viii) Kad pesara dan penyata bayaran pencen terkini ibu dan bapa/penjaga pemohon (jika pesara kerajaan)
ix) Salinan penyata akaun bank pemohon. - Klik butang ‘Hantar Kepada Urusetia.’
- Kemudian, klik bahagian ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan.
- Borang permohonan yang telah lengkap beserta lampiran dokumen hendaklah dikemukakan kepada urus setia melalui serahan tangan atau pos di alamat seperti berikut:
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.,
40503 Shah Alam.
Prosedur Pembayaran
Hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.
Pembayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.
Oleh itu, pemohon dikehendaki menyemak status pembayaran 1 bulan daripada tarikh penghantaran borang permohonan kepada pihak urus setia.
Semakan status pembayaran boleh dilakukan melalui portal HIPT.
Pertanyaan Lanjut
Pemohon yang ingin mengajukan pertanyaan kepada pihak urus setia HIPT boleh menghubungi di talian 03-5544 7385/03-5521 2306.
Selain itu, pemohon juga boleh melayari portal HIPT iaitu https://hpipt.selangor.gov.my/ untuk maklumat lanjut.