Permohonan Peduli Siswa 2020 (Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara)

Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan bagi mahasiswa anak Negeri Selangor untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara yang dikenali sebagai Peduli Siswa.

Insentif Peduli Siswa ini terbuka kepada mahasiswa anak Selangor yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda sama ada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Menerusi Peduli Siswa, mahasiswa akan membayar pinjaman pelajaran mengikut pencapaian CGPA/PNGK akhir.

Insentif Peduli Siswa ini akan membantu mahasiswa untuk membiayai pengajian mereka dan meneruskan pengajian tanpa mengalami masalah kewangan.

Permohonan Peduli Siswa dibuka bermula pada 1 Ogos hingga 31 Ogos 2020.

Selain skim tersebut, kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan pelbagai bantuan lain untuk rakyat antaranya:

Syarat Am Peduli Siswa

Permohonan insentif Peduli Siswa tertakluk kepada beberapa syarat am iaitu:

  1. Ibu dan bapa pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa pemohon lahir di Selangor; atau
  3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh 10 tahun di Selangor namun keutamaan diberikan kepada anak Selangor.
  4. Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Perubatan.
  5. Pemohon sedang mengikuti pengajian di IPTA seluruh Malaysia atau IPTS dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara sepenuh masa.
  6. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  7. Pemohon mestilah belum menerima sebarang tajaan lain sama ada biasiswa, pinjaman atau dermasiswa termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar.
  8. Pendapatan isi rumah iaitu ibu dan bapa hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok). 

Syarat Akademik Peduli Siswa

Pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik mengikut peringkat pengajian bagi permohonan Peduli Siswa.

Syarat akademik yang ditetapkan ialah:

  1. Sijil
    – Memperolehi sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).
    – Memperolehi sekurang-kurangnya 4 kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM bagi IPTA.
  2. Diploma
    – Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
    – Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas.
  3. Ijazah Sarjana Muda
    – Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/Pra-Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas; atau
    – Memperoleh sekurang-kurangnya 4 Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
    – Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
  4. Ijazah Perubatan
    – Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan/Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.

Kadar Pembiayaan Peduli Siswa

Pemohon yang diluluskan permohonan mereka layak menerima insentif Peduli Siswa mengikut kadar pembiayaan berikut:

Untuk makluman, tajaan adalah bermula daripada tarikh kuatkuasa Surat Tawaran sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut daripada universiti.

Langkah-Langkah Permohonan Peduli Siswa

Bagi pemohon yang ingin memohon insentif Peduli Siswa, anda boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://tkwbns.selangor.gov.my/sispin/pengguna/add
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Kemudian, log in dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  4. Isi maklumat di dalam portal tersebut.
  5. Muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu:
    i) Salinan Sijil Lahir pemohon
    ii) Salinan My Kad pemohon, bapa dan ibu
    iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah dan Menengah
    iv) Salinan Keputusan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/Diploma
    v) Salinan Slip Gaji terkini ibu dan bapa/penjaga (Pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri/tidak bekerja. Bagi suri rumah sila dapatkan pengesahan pendapatan oleh Ketua Kampung/Adun/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok Sahaja.
    vi) Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
    vii) Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan pengesahan mastautin yang disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok sahaja.
  6. Kemudian, klik hantar permohonan.

Pengurangan Bayaran Balik

Terdapat beberapa syarat pengurangan bayaran balik selain pencapaian CGPA/PNGK iaitu:

  1. Pemohon tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran.
  2. Pemohon tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian.
  3. Pemohon mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.

Info Lanjut

Pemohon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif Peduli Siswa, anda boleh hadir ke pejabat urusetia di alamat:

Urus Setia Cawangan Biasiswa Dan Pinjaman Pelajaran,
Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Pemohon juga boleh membuat panggilan di talian:

03 – 5544 7000-Talian Umum Pejabat SUK Selangor
03 – 5521 2275/03 – 5544 7484-Unit Permohonan
03 – 5544 7482-Unit Kewangan & Bayaran
03 – 5544 7480 / 7481-Unit Penguatkuasaan & Pengurangan Bayaran
03 – 5521 2430-Unit Task Force

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.