Advertisements

SEMAK MULE: Awas! Elak Jadi Mangsa Scammer Dengan Aplikasi Ini

Advertisements

Pembayaran online kini makin mudah.

Peluang inilah yang digunakan oleh scammer untuk memperdaya mangsa.

Pelbagai taktik licik digunakan namun dengan adanya aplikasi SEMAK MULE anda kini boleh elak daripada jadi mangsa scammer.

Aplikasi ini dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) PDRM.

Melalui Semak Mule, orang awam boleh menyemak akaun penipu sama ada menggunakan nombor akaun atau nombor telefon.

Sekiranya selamat, sistem akan memaparkan paparan seperti di bawah:

Semak Mule PDRM

Aplikasi ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://ccid.rmp.gov.my/semakmule

Tiada pendaftaran akaun diperlukan.

Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun bank atau nombor telefon untuk menyemak status penipuan.

Sekiranya terdapat sebarang kes, anda boleh cepat-cepat batalkan transaksi pembelian bagi mengelak diperdaya.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.