bantuan sara hidup bujang bsh 2019

Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang & Tarikh Bayaran BSH Mac 2019

Bantuan Sara Hidup Bujang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi.

BSH Bujang sebanyak RM100 akan dibayar terus ke akaun penerima bermula 28 Mac 2019.

Semakan status kelayakan boleh dibuat di portal rasmi BSH.

Hanya penerima BSH 2018 kategori berikut layak menerima bayaran RM100 iaitu:

  • Bujang berumur 59 tahun ke bawah pada 2019
  • Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda yang berumur 59 tahun ke bawah

Pemohon yang telah disenarai hitam tidak layak memohon BSH tahun ini.

Pemohon kategori bujang yang berumur 70 tahun ke atas tidak layak menerima bantuan RM100 kerana telah menerima BSH fasa pertama 28 Januari lalu.

Pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga untuk kategori lain akan dibayar Mei dan Ogos nanti.

Baca juga: 12 Kategori Tidak Layak BSH 2019

Semakan BSH Bujang

Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang boleh dibuat menerusi portal MyBSH di https://bsh.hasil.gov.my/SemakanBujang.aspx

Namun berdasarkan info terkini berikut disenaraikan individu yang tidak layak menerima bantuan sara hidup rakyat tahun ini, antaranya:

  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

LHDNM belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada pemohon mesti mengemaskini permohonan sebelum ini atau sebaliknya.

Untuk dapatkan informasi terkini tentang BSH Bujang, anda boleh sertai Telegram Bantuan Sara Hidup.

Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup Bujang

bsh bujang

Tiada sebarang maklumat tentang tarikh rasmi pembayaran BSH Bujang.

Cuma LGE memaklumkan bantuan tersebut akan disalurkan pada penghujung bulan Mac nanti.

Bayaran ini akan memanfaatkan lebih 3 juta penerima dengan peruntukan dana sebanyak RM300 juta.

Tan Sri Muhyidin Yassin turut menyarankan agar kerajaan membantu golongan bujang yang belum berkahwin dan yang berpendapatan kecil.

Kembalikan Bantuan RM450 Untuk Orang Bujang

Orang ramai menuntut agar BSH Bujang sebanyak RM450 dikembalikan.

KJ turut mendesak perkara sama memandangkan kerajaan PH memperuntukkan dana RM316.55 bilion dalam Belanjawan 2019 dan jumlahnya lebih besar berbanding peruntukan RM282.25 bilion pada pembentangan Bajet 2018 sebelum ini.

Apa pula pendapat anda?

Cukupkah bantuan RM100 untuk orang bujang?

  • 65K
    Shares

3 Comments

  1. Mayagayu April 8, 2019
  2. AHMAD SAFUAN BIN MAT WAZIR April 8, 2019
  3. Danial Harcharan Bin Abdullah April 10, 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.