Advertisements

Belanjawan 2019: Siaran Langsung & Tarikh Pembentangan Bajet 2019

Belanjawan 2019 atau pembentangan Bajet 2019 akan dibuat pada hari Jumaat 2 November 2018 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Antara intipati utama yang menjadi perhatian rakyat termasuklah hal-hal berkaitan kos sara hidup, reformasi sektor awam, peluang pendapatan dan pekerjaan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat, dan akhir sekali perumahan, infrastuktur dan keselamatan awam.

Rakyat juga mengharapkan pemberian Bantuan Sara Hidup dapat diteruskan terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan sebagai salah satu inisiatif peduli rakyat.

Belanjawan 2019 / Bajet 2019

Bajet 2019 kini dikenali sebagai Belanjawan 2019.

Kerajaan mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan bagi proses penyediaan belanjawan ini sebelum tarikh pembentangan pada 2 November nanti.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, cadangan itu boleh disalurkan ke laman sesawang belanjawan2019.treasury.gov.my (1).

“Laman ini akan mula beroperasi dari 28 Ogos sehingga 30 September 2018. Anda juga boleh berkongsi idea dengan Kerajaan Persekutuan di Facebook, Instagram dan Twitter dengan menggunakan tanda pagar #belanjawan2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.