Advertisements

Senarai Barang Yang Dikecualikan SST 2.0 Sales & Service Tax

Cukai SST atau cukai jualan & perkhidmatan (Sales And Service Tax) versi 2.0 telah diguna pakai semula bagi menggantikan GST yang telah dimansuhkan pada bulan Jun lalu.

Berikut dikongsikan senarai barang yang dikecualikan SST sebagai panduan pengguna.

Kutipan SST dijangka bernilai RM21 bilion setahun. Manakala kutipan GST RM44 bilion bagi tahun 2018. Perbezaan sebanyak RM23 bilion ini diharapkan dapat “dikembalikan” kepada rakyat termasuk dalam bentuk Bantuan Sara Hidup dan pelbagai skim peduli rakyat yang lain. (1)

Sebelum bercerita lebih panjang tentang SST, ada baiknya kita kenali dahulu apa yang dimaksudkan dengan cukai jualan & perkhidmatan ini.

Cukai Jualan

Cukai jualan ialah cukai seperingkat yang dikenakan ke atas barang-barang keluaran tempatan atau yang diimport.

Cukai ini dikenakan semasa barang dijual daripada pengilang kepada pembeli/diguna sendiri/dilupuskan dengan cara lain (hadiah dan sebagainya). Juga dikenakan semasa barang dituntut oleh pemilik​  di tempat import di pintu masuk negara/gudang kastam.

Kadar cukai jualan ialah 10% kecuali beberapa perkara berikut:

  • Barang di Jadual 1 Perintah Cukai Jualan ( Kadar-Kadar Cukai No. 2) 2008 ) –  dikenakan 5%
  • Barang di Jadual 2 Perintah Cukai Jualan ( Kadar-Kadar Cukai No. 2) 2008 ) –  dikenakan 20%
  • Barang di Jadual 3 Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai No. 2) 2008 – kadar spesifik

Dan berikut adalah panduan cukai jualan yang terdapat dalam panduan SST yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam ini.

Senarai Barang Yang Dikecualikan SST

  • Haiwan Hidup – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Daging – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
  • Ikan & Binatang Laut – Kebanyakannya 0% dan 10%, Ada juga 5%
  • Sarang Burung & Madu – 5%
  • Telur – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Susu & Barangan Tenusu – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
  • Pokok Hidup & Tumbuhan Hiasan – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
  • Sayur-sayuran – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
  • Buah-buahan & Kacang – Hampir 70% dikecualikan cukai, Sedikit 5%
  • Rempah – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Kopi & Teh – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Bijirin – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Tepung & Kanji – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
  • Isi Kelapa Kering – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Kacang Tanah – 5%
  • Minyak Bijian – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
  • Bahagian Pokok – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
  • Kacang Soya – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Ekstrak Sayur-sayuran – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Daun Sayur-sayuran & Produk Sayur-sayuran Lain – 0%
  • Lemak & Minyak – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
  • ‘Preparations of Crustaceans, Molluscs or Other Aquatic Invertebrates’ – 5%
  • Persediaan Ikan – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Persediaan Daging – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
  • Gula & Konfeksioneri Gula – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%, Sedikit 10%
  • Koko & Persediaan Koko – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Mi & Pasta – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Persediaan Bijirin, Tepung, Kanji atau Susu – Hampir semuanya 0%, Ada 5%, Sedikit 10%
  • Persediaan Sayur-sayuran, Buah-buahan, Kacang atau Bahagian Lain Pokok – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
  • Persediaan Boleh Dimakan Yang Lain – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
  • Minuman, Alkohol & Cuka – Hampir semuanya 10%, Ada 5%, Sedikit 0%
  • Makanan Binatang – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Tembakau & Pengganti Tembakau Yang Dikilangkan – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Produk Galian – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Bahan Kimia – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
  • Produk Farmaseutikal – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Baja – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Perkara Mewarna – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
  • Cat & Varnis – 10%
  • Sealant – 5%
  • Barang Kosmetik & Minyak Wangi – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Sabun, Wax, Polish – 10%
  • Penyala, Mancis & Barang Meletup – 10%
  • Grafit Buatan & Karbon Diaktifkan – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Racun Serangga & Pembasmi Kuman – 0%
  • Produk Bahan Kimia Yang Pelbagai – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Barangan Plastik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Barangan Getah – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Barangan Kulit – 10%
  • Beg – 10%
  • Peralatan Kuda & Abah-abah – 10%
  • Kayu & Barangan Kayu – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%, Sedikit 5%
  • Gabus – 10%
  • Barangan Buluh & Rotan – 10%
  • Pulpa Kayu & Sisa Kertas – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
  • Kertas & Barangan Kertas – Hampir semuanya 10%, Ada juga 0%
  • Barangan Bercetak – Hampir semuanya 0%, Sedikit 10%
  • Tekstil & Barangan Tekstil – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Kasut – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Barangan Kepala – 10%
  • Payung & Tongkat – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Bunga Tak Hidup – 10%
  • Barangan Batu – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Barangan Seramik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Kaca & Barangan Kaca – 10%
  • Barangan Tukang Emas – Hampir semuanya 0%, Sedikit 10%
  • Barangan Besi atau Keluli – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Barangan Tembaga – 10%
  • Barangan Aluminium – Ada 0%, Ada 10%, Sedikit 5%
  • Peralatan & Barangan Berasaskan Logam Asas – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Barangan Lain Berasaskan Logam Asas – Hampir semuanya 10%, Sedikit 5%
  • Jentera, Peralatan Mekanikal & Bahagiannya – Hampir semuanya 10%, Ada 0%, Ada 5%
  • Perkakas Elektrik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 5%
  • Kenderaan – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Pesawat & Kapal Angkasa – 10%
  • Kapal & Bot – 10%
  • Instrumen – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Jam Tangan – 10%
  • Instrumen Muzikal – 10%
  • Perabot – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Permainan & Peralatan Sukan – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
  • Barangan Pembuatan Yang Pelbagai –  Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

barang yang dikecualikan sst

Kredit – Majalah Labur

Selesai bab cukai jualan. Sekarang kita pergi kepada cukai perkhidmatan pula. Apakah yang dimaksudkan dengan cukai perkhidmatan?

Cukai Perkhidmatan

Bahasa mudahnya cukai perkhidmatan adalah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu yang disediakan oleh orang yang kena membayar cukai (pemegag lesen).

Cukai perhidmatan hanya dikenakan apabila perkhidmatan diberikan. Kadar cukai sebanyak 6% daripada nilai perkhidmatan.

Contoh jenis perkhidmatan yang dikenakan cukai ialah:

  • Hotel
  • Restoran Terletak Dalam Hotel Yang Mempunyai Lebih Daripada 25 Bilik​​
  • Restoran Terletak Dalam Hotel Yang Mengandungi 25 Bilik Atau Kurang
  • Restoran Terletak Di Luar.
  • Kelab Malam, Dewan Tari, Kabaret, Pusat Kesihatan, Rumah Urut, Rumah Awam Dan Rumah Bir.
  • Kelab Persendirian
  • Padang Golf Dan Lapangan Sasar Golf Selain Daripada Dalam Kumpulan A Dan E.
  • Hospital Persendirian
  • Penyedia Perkhidmatan Lain

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi SST di https://mysst.customs.gov.my/ atau rujuk file PDF di bawah untuk senarai barang yang dikecualikan SST (lengkap).