Advertisements

7 Cara Mencegah Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)

Terkini di Pulau Pinang sebanyak 15 tadika ditutup akibat penularan penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD (hand, foot, and mouth disease).

Sebanyak 1,679 kes HFMD telah dicatatkan sejak Januari lalu. Daripada jumlah itu, tiga kanak-kanak berusia antara dua hingga 10 tahun yang dijangkiti virus berkenaan  masih dirawat di hospital.

Berikut kami kongsikan antara cara untuk mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terutama bagi kanak-kanak 10 tahun ke bawah.

Baca: Dapatkan RM200 Percuma Untuk Bayi Baru Lahir 2018

Apa itu HFMD?

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang langkah pencegahan, eloklah sekiranya kita kenal dahulu apa yang dimaksudkan dengan HFMD.

Secara ringkasnya, HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71, yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.

Kebiasaannya mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.

Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

penyakit hfmd

Punca & Gelaja Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Jadi apakah punca yang menyebabkan terjadinya penyakit tangan, kaki dan mulut ini?

Punca utamanya ialah persekitaran yang kotor.

Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran tidak sihat akan lebih cenderung untuk dijangkiti penyakit tersebut.

Antara tanda-tanda seseorang dijangkiti virus HFMD ialah:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan) pada tangan, kaki dan kawasan diaper

Langkah Pencegahan

Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Sekiranya anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut ini, ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Selain itu, amalkan 7 cara ini untuk mencegah HFMD:

  1. Cuci tangan dengan sabun sebelum sediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.
  2. Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin. Buang tisu dalam tong bertutup.
  3. Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  4. Tidak berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  5. Anak yang disyaki HFMD hendaklah dikuarantin dan tidak di hantar ke taska/tadika/asuhan/sekolah, atau ke tempat awam.

Rawatan

penyakit tangan kaki mulut

Apakah rawatan terbaik sekiranya anak dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut?

Mengikut Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, antara rawatan yang boleh diambil ibu bapa ialah:

  • Beri Paracetamol untuk kawal demam
  • Pastikan anak minum dengan cukup
  • Jika anak tidak mahu makan atau minum, dan terlalu lemah, bawa anak berjumpa doktor segera

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa supaya lebih peka dengan kesihatan anak-anak. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk portal WebMD.