Advertisements

Biodata Amirudin Shari Menteri Besar Selangor Baru 2018

Nama Amirudin Shari menjadi bualan hangat selepas perlantikan beliau sebagai Menter Besar Selangor yang baru bagi menggantikan saudara Azmin Ali yang kini menggalas tugas sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Berikut sedikit perkongsian biodata Amirudin Shari dan beberapa fakta yang kami tahu tentang beliau.

Baca: Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor

Siapa Amirudin Shari?

Beliau merupakan ADUN Sungai Tua selama tiga penggal berturut-turut.

Berumur 38 tahun, Amirudin Shari aktif berpolitik sejak tahun 2008.

Pada tahun 2013 bermula kareer beliau dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor dengan memegang jawatan sebagai Exco Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan.

Ayah kepada enam orang anak ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

amirudin shari mb selangor

Beliau juga pernah memegang jawatan pengurus pasukan bola sepak Selangor — dan semasa memegang jawatan tersebut Selangor muncul sebagai juara Piala Malaysia pada 2015, dan naib juara pada 2016.

Selain itu, Selangor juga menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2016 di bawah kepimpinan Amirudin.

Konflik Menteri Besar Selangor Baru 2018

Dalam kegembiraan rakyat Selangor mendapat Menteri Besar baru, terdapat beberapa isu kurang enak timbul.

Antaranya dakwaan ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad tentang perlantikan Amirudin Shari tidak mendapat restu.

Namun dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi, Amirudin menyerahkan isu tersebut kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan bagi membuat keputusan.

“Saya rasa baik serahkan sahaja isu ini kepada pucuk pimpinan tertinggi PAKATAN terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) untuk merungkai persoalan serta menjelaskan hal berkenaan,” katanya pada sidang media majlis jamuan makan tengah hari di kediaman Exco Kerajaan Negeri, di sini, hari ini.

Apa pun kami harapkan beliau dapat melaksanakan tugas dengan baik bagi menjamin keharmonian negeri Selangor selain turut mampu menjana ekonomi Selangor selaras dengan sokongan padu yang diberikan rakyat kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan.

Dan diharapkan lebih banyak bantuan disumbangkan kepada rakyat Selangor yang memerlukan contohnya Rumah Selangorku.