Untuk makluman, bermula 25 Mac ini anda boleh menikmati diskaun 50% apabila membayar saman secara online di portal MyEG atau Rilek.
Namun diskaun ini hanya terhad untuk tempoh 5 hari sahaja iaitu sehingga 29 Mac 2020.
Kempen ini dilancarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (JSPT) bersempena Peringatan Hari Polis ke-213.
Diskaun Saman Online
Pengarah JSPT, Datuk Azisman Alias, berkata ia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membayar saman secara ‘e-payment’ berikutan penutupan kaunter bayaran saman di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.
“Kempen ini juga adalah langkah jabatan bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuat kuasa di seluruh negara.
“Sebagai meringankan beban ditanggung masyarakat, polis menawarkan kadar diskaun sehingga 50 peratus bagi saman-saman tertentu dengan pembayaran boleh dilakukan melalui www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Check Saman
Bagi anda yang kurang pasti berapa banyak saman yang anda ada, kini anda boleh check saman secara online. Caranya:
Check Saman di MyEG
- Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
- Kemudian login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
- Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM / JPJ / AES
- Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
- Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online
Check Saman di Rilek
- Layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
- Sila daftar sebagai pengguna
- Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
- Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
- Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak
Check Saman Polis SMS
- Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
- Hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN AKU8055
Atau
- Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN 860511057812