Advertisements

i-Akaun KWSP: Syarat Kelayakan & Cara Pendaftaran

KWSP telah mewujudkan aplikasi i-Akaun versi baharu, yang menggabungkan ciri-ciri inovatif dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

Aplikasi ini diwujudkan bagi membantu dalam memudahkan urusan pelanggan mereka melihat hasil simpanan mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi terbaharu dari KWSP ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu i-Akaun KWSP?

i-Akaun KWSP merupakan satu aplikasi yang disediakan oleh pihak KWSP bagi memudahkan urusan pelanggan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, aplikasi ini membantu pelanggan mereka dalam memantau sumbangan mereka, mengesan pertumbuhan pelaburan, serta menilai kemajuan ke arah matlamat persaraan mereka.

Melalui aplikasi ini juga pelanggan mereka dapat menyemak penyata akaun dan sebagainya dengan hanya beberapa ketik di telefon pintar mereka.

Perkhidmatan Yang Disediakan i-Akaun

Antara perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun termasuklah:

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun


Pendaftaran & Pengaktifan KWSP Online (i-Akaun)

Bagi anda yang sudah mempunyai akaun KWSP dan ingin mengaktifkan KWSP Online (i-Akaun), anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Hadirkan diri ke cawangan atau kiosk KWSP berdekatan anda
  2. Layari laman web KWSP ATAU muat turun aplikasi
    • Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
    • Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
  3. Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
  4. Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
  5. Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
daftar-i-akaun-kwsp

Pendaftaran i-Akaun melalui e-KYC

Pendaftaran i-Akaun ini juga boleh dilakukan dengan mudah melalui e-KYC . Anda hanya perlu memuat turun aplikasi KWSP i-Akaun di bawah dan ikuti langkah-langkah berikut:

LANGKAH PENDAFTARAN MELALUI e-KYC

  1. Log masuk ke aplikasi dan klik butang “Belum daftar”
  2. Imbas dan sahkan kad pengenalan anda
  3. Isi dan lengkapkan maklumat yang diminta
  4. Masukkan nombor telefon anda untuk menerima TAC dan klik “Teruskan“.
  5. Ambil swafoto anda dan klik “Teruskan
  6. Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang anda inginkan, kemudian klik “Teruskan“.
  7. Tahniah, sekarang anda sudah berjaya mendaftar i-akaun anda.
i-akaun-e-kyc
i-akaun-kwsp
daftar-i-akaun-e-kyc
e-kyc
e-kyc
i-akaun-kwsp


Semakan Penyata KWSP Online

KWSP juga telah memudahkan pelanggan mereka untuk mengakses simpanan mereka melalui i-Akaun (ahli). Berikut adalah langkah penuh untuk melihat penyata akaun KWSP anda:

penyata-i-akaun

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

Baca juga: Gaji 2024 : Bayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam JANM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.