jawatan kosong pdrm

Permohonan Jawatan Kosong PDRM Seluruh Negara April 2018

Berikut dikongsikan maklumat terkini bagaimana untuk membuat permohonan jawatan kosong PDRM seluruh negara bagi tahun 2018.

Untuk makluman, setiap tahun beribu kekosongan jawatan Polis ditawarkan.

Namun bermula tahun 2012 semua pemohon hendaklah memohon secara online dengan mengisi Borang SPA8i di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Klik sini untuk download 100+ contoh resume boleh edit

Jawatan Kosong PDRM 2018

Untuk semakan jawatan kosong terkini Polis Diraja Malaysia, anda boleh layari portal rasmi PDRM di sini http://www.rmp.gov.my/

Pastikan anda telah mengisi borang SPA8i terlebih dahulu kerana PDRM hanya menerima permohonan secara online sahaja termasuk jawatan konstabel / inspektor.

Antara jawatan yang anda boleh mohon antaranya:

  1. Inspektor Gred YA 13
  2. Sarjan Gred YA 5
  3. Konstabel Gred YA 1
  4. Konstabel Sokongan Gred Y1
  5. Konstabel Orang Asli Gred YP 1

Maklumat Jawatan

1. Inspektor Gred YA 13

Permohonan ke jawatan Inspektor perlulah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online.

Pemohon mestilah memiliki minimum Ijazah Sarjana Muda di universiti yang diiktiraf kerajaan.

Gaji bermula dari RM2,329 sehingga boleh mencecah RM8,883 sebulan.

Pemohon jawatan Inspektor mestilah memiliki kelayakan fizikal seperti berikut:

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

2. Sarjan Gred YA 5

Untuk memohon jawatan Sarjan, pemohon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Selain itu, pemohon juga mestilah memenuhi kriteria berikut:

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Gaji yang ditawarkan bermula dari RM1,711 sehingga maksimum RM5,199 termasuk kesemua insentif penjawat awam yang lain.

3. Konstabel Gred YA 1

Calon yang ingin memohon jawatan konstabel perlu lulus SPM dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Gaji permulaan dari RM1,041 sehingga maksimum RM3,517 sebulan dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM100 setahun.

Untuk maklumat jawatan lain dalam Suruhanjaya Pasukan Polis, layari http://www.spa.gov.my/

Cara Mohon Jawatan Polis

Seperti yang kami maklumankan, permohonan ke mana-mana jawatan kosong Polis hanya boleh dibuat secara online dengan mengisi borang SPA8i.

Klik sini untuk tutorial cara memohon kerja kerajaan 2018

Pastikan anda isi emel di bawah supaya kami boleh memaklumkan sekiranya terdapat sebaran kemaskini atau tawaran jawatan kosong baru di PDRM.