jawatan kosong risda 2017

Jawatan Kosong RISDA Kemaskini Disember 2017: Kelayakan SPM

Berikut dikongsikan iklan jawatan kosong RISDA yang terkini.

Tarikh tutup permohonan pada 26 Disember 2017 (Selasa).

Jawatan Kosong RISDA

Bagi yang memenuhi syarat kelayakan di bawah, anda dipelawa untuk memohon jawatan kosong seperti berikut:

  1. Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29 (22 kekosongan)
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi ) Gred N19 (16 kekosongan)
  3. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 (25 kekosongan)

Jawatan Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29 adalah jawatan tetap dan hanya terbuka kepada lulusan Diploma sahaja. Kekosongan jawatan adalah di seluruh Malaysia.

Manakala bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi ) Gred N19 kekosongan jawatan adalah secara kontrak. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kemahiran dalam bidang audio, visual, multimedia dan kesenian. Kelayakan SPM.

Bagi jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, kelayakan calon SPM sahaja. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam bidang sukan, kesenian dan kebudayaan. Taraf jawatan kontrak.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat di portal rasmi JobsMalaysia.

Sila pastikan anda membuka akaun di portal berkenaan sebelum memohon sebarang jenis pekerjaan yang ditawarkan di sana.

JobsMalaysia.gov.my menyediakan perkhidmatan PERCUMA kepada pengguna portal. Tiada sebarang bentuk pembayaran atau yuran dikenakan secara langsung atau tidak langsung, di dalam mana-mana permohonan, pendaftaran, atau apa jua keadaan.