Advertisements

Pemilik Kereta Lampu HID Boleh Dipenjara 6 Bulan, Denda RM2,000

Jaga-jaga buat pemilik kenderaan yang menggunakan lampu HID, anda mungkin berdepan tindakan undang-undang sehingga boleh dipenjara 6 bulan atau denda RM2,000.

Dalam sidang Parlimen baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan bahawa sebarang pemasangan lampu HID kereta yang tidak mematuhi spesifikasi adalah tidak dibenarkan, kecuali penukaran keseluruhan sistem whole-assembly lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.

Baca Juga: Klik Sini Untuk Semak Saman Polis / AES / JPJ Online

Apa Itu Lampu HID?

High intensity Discharged (HID) Headlamp iaitu lampu yang tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon. Pemasangan lampu HID secara aksesori (Retrofit) adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.

Lampu HID yang dipasang secara aksesori (retrofit) dengan kuasa melebihi standard yang telah ditetapkan boleh menganggu penglihatan dan seterusnya memudaratkan pengguna jalan raya lain.

Pada 19 November 2007, JPJ telah mengemaskini C&U dan memasukkan peraturan kawalselia terhadap penggunaan lampu HID di dalam Kaedah 96 (2)(i) yang menyatakan “sekiranya lampu HID digunakan, pemasangan,spesifikasi dan sistem lampu tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99”.

Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori (Retrofit)boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu ‘keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan merbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di atas jalanraya’, kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987.

Pemeriksaan terhadap kenderaan yang mengubahsuai/memasang lampu HID secara aksesori (retrofit) dengan mengeluarkan notis larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) di bawah Seksyen 59 APJ 1987 bagi kes-kes yang dikesan sehingga akhir bulan November 2008.

Saman mula dikeluarkan bermula bulan Disember 2008 terhadap kenderaan yang mengubahsuai/memasang lampu HID secara aksesori (retrofit).

Pemandu/pemilik akan diberi masa selama sepuluh hari (10) untuk memperbetulkan lampu tersebut kepada lampu asal.

Penguatkuasaan Lampu HID

Menurut beliau, pemasangan secara aksesori dengan izin, retrofit dengan kuasa melebihi standard yang ditetapkan, boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya dan seterusnya akan memudaratkan pengguna lain.

“Mana-mana kenderaan yang menggunakan lampu HID yang yang dipasang secara aksesori retorit boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 . Ia ditafsirkan sebagai keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau memungkinkan bahaya kepada orang di dalam kenderaan atau di atas jalan raya,” ujarnya.

Katanya lagi, kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan di bawah seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di bawah undang-undang yang ditetapkan oleh United Nation Regulations, pemasangan lampu HID yang diluluskan diletakkan di bawah tiga pematuhan iaitu UNECE R48: Installation Of Light, UNECE R98: Gas-Discharge Headlamp serta UNECE R99: Gas-Discharge Headlamp Source dan pemasangan lampu HID yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kenderaan yang mematuhi standard disebutkan

Sebagai contoh, United Nation Regulations 48 (UNR48) yang berkaitan lampu kenderaan, lampu utama kenderaan hanya boleh menggunakan lampu dengan kadar pancaran cahaya (brightness intensity)maksimum 4,300K. Tetapi dalam pasaran, terdapat lampu HID yang mencecah sehingga 16,000K.