Berita baik buat rakyat Johor. Kini anda boleh membuat permohonan Pinjaman YPJ 2018 secara online melalui portal rasmi Yayasan Pelajaran Johor.
Permohonan telah pun dibuka bermula 4 Jun lalu sehingga tarikh tutup 24 Jun 2018.
Berikut kami kongsikan syarat kelayakan dan cara memohon pinjaman tersebut.
Pinjaman YPJ 2018
Pinjaman YPJ merupakan salah satu bantuan rakyat yang ditawarkan kepada rakyat Johor yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat IPTA dan IPTS.
Baca: Senarai Universiti Awam Seluruh Malaysia
Keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang bergaji tidak melebihi RM8,000 sebulan.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan:
- Pemohon mestilah lahir / menetap di Johor
- Pemohon sudah mendapat tawaran kemasukan ke IPTA sebelum membuat permohonan
- Bidang pengajian yang ingin diikuti mestilah mendapat kelulusan MQA
- Tidak mendapat tajaan lain termasuk PTPTN
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun
- Mestilah mengikuti pengajian sepenuh masa
Permohonan pinjaman YPJ 2018 ini juga boleh dimohon bagi pengajian peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Cara Memohon
Berikut panduan mengisi borang permohonan secara online.
- Layari http://prolims.ypj.gov.my/ dan daftar Pra-Permohonan
- Tunggu emel pengesahan Pra-Permohonan dalam 2 hari bekerja
- Setelah disahkan, sila isi borang permohonan secara online
- Keputusan akan diumumkan dalam masa 30 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan
- Anda boleh download aplikasi YPJ Prolims di Play Store / App Store untuk membuat semakan
Antara dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan adalah:
- Slip Permohonan;
- Salinan MyKad PEMOHON, IBU DAN BAPA / PENJAGA;
- Salinan Slip Gaji / Penyata Pendapatan IBU DAN BAPA / PENJAGA;
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah DAN Akuan Persekolahan;
- Salinan Sijil-Sijil Persekolahan – Sijil SPM
- Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan);
- Salinan Sijil Perceraian / Kematian (Jika Berkaitan);
- Lain-Lain Dokumen Berkaitan
- Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
Seperti biasa, kesemua dokumen sokongan perlu mendapat pengesahan (cop) oleh Pegawai Profesional Kategori A, Penghulu atau yang setaraf dengannya.
Dan untuk makluman, pemegang pinjaman YPJ tidak dikenakan apa-apa kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan. Melainkan pelajar dikurniakan biasiswa.
Selain pengajian di IPTA / IPTS di Malaysia, pinjaman ini juga hanya menaja pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Mesir dan Jordan dalam jurusan Perubatan dan Pengajian Islam sahaja dan permohonan tersebut adalah kelulusan YAB Menteri Besar Johor sahaja.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi Yayasan Pelajaran Johor.