Permohonan Pos Rider Malaysia: Komisen Sehingga RM10,000 Sebulan!

Wow! Jadi pos rider boleh jana pendapatan RM10,000 sebulan?

Anda boleh baca sendiri kisah Chairil Anwar bagaimana pandemik COVID-19 mengubah kehidupannya dari seorang pemilik bisnes kepada pos rider yang mampu meraih pendapatan RM2,500 seminggu!

Jika berminat, anda juga boleh mohon sebagai pos rider sepenuh masa.

Berikut kami kongsikan syarat-syarat permohonan sebagai pos rider Malaysia.

Permohonan Pos Rider

Untuk memohon sebagai pos rider, anda mestilah:

  1. Permohonan hanya dibuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja
  2. Permohonan hanya untuk SEPENUH MASA sahaja (kecuali Sabah & Sarawak dibuka untuk SEPARUH MASA).
  3. Wajib mempunyai Lesen GDL. Lesen L&P Tidak Dibenarkan.
  4. Bagi permohonan SEPENUH MASA wajib mempunyai PANEL VAN, Lesen GDL dan SSM / Lesen Perniagaan (SS)
  5. Bagi permohonan SEPARUH MASA (Sabah & Sarawak) dibenarkan menggunakan kenderaan SELAIN daripada Panel Van bagi tempoh PKP ini sahaja.
  6. Wajib menggunakan telefon pintar Android 7.0 ke atas dengan sokongan Google Play sahaja.

Taraf jawatan sepenuh masa dan kontrak bergantung kepada lokasi.

Untuk memohon, anda boleh mengisi borang permohonan pos rider di sini atau emelkan permohonan anda ke [email protected].

Untuk info lanjut anda boleh rujuk Facebook rasmi Pos Malaysia Berhad.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.