Advertisements

Permohonan Rumah Pahang: Rumah Teres RM120k Seunit

Bagi warga Negeri Pahang, anda berpeluang untuk memohon rumah yang ditawarkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) iaitu Rumah Pahang.

Rumah Pahang adalah satu projek usaha sama Kerajaan Negeri bersama pihak pemaju yang dilantik bagi pemulihan dan pengambilalihan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) di 10 lokasi di negeri Pahang.

Orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan menerusi sistem e-perumahan Pahang.

Lokasi & Jumlah Unit

Lokasi dan jumlah unit yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Spesifikasi Rumah

Spesifikasi rumah yang ditawarkan adalah rumah teres setingkat berharga RM120,000 seunit (harga jualan lebihan lot tepi dan lot hujung ditentukan oleh LPHP) dengan luas binaan minimum (tidak termasuk anjung) adalah berjumlah 800 kaki persegi.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah dari kalangan generasi kedua peneroka Felda atau seterusnya yang menetap atau bekerja di Negeri Pahang di dalam kawasan berkenaan sahaja atau dalam gugusan yang sama.
  2. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
  3. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
  4. Tidak mempunyai tanah (syarat nyata tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon.
  5. Tidak pernah memiliki kediaman di atas nama pemohon/dan pasangan;
  6. Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan
  7. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada 5 tahun.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://eperumahan.pahang.gov.my/.
  2. Pergi ke menu ‘Permohonan’ dan klik ‘Permohonan Rumah Pahang.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan sehingga selesai.
  5. Cetak slip penerima e-Perumahan.
  6. Sediakan dokumen yang yang diperlukan.
  7. Hantar semua dokumen kepada Urusetia (Unit Pentadbiran) LPHP.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Slip Penerima Pendaftaran e-Perumahan
  2. 1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  3. 1 Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri
  4. 1 Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa Peneroka (jika ada)
  5. 1 Salinan Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan/Perceraian
  6. 1 Salinan Sijil Kelahiran Pemohon Sahaja
  7. 1 Salinan Terkini Slip Gaji Pemohon
  8. 1 Salinan Terkini Slip Gaji Suami/lsteri
  9. 1 Salinan Surat Pengesahan Peneroka Felda
  10. 1 Salinan Surat Perakuan Majikan
  11. 1 Salinan Cukai Pendapatan (jika ada )
  12. 1 Salinan Kad Pertukaran Alamat atau dokumen lain yang membuktikan tempoh menetap di Negeri Pahang/Surat Pengesahan Pemastautin di Negeri Pahang daripada JKKK.
  13. Akuan Sumpah

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Rumah Pahang, layari laman web https://eperumahan.pahang.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.