Berikut senarai 30 syarikat yang dipercayai terbabit dalam penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM3.8 bilion.
Seramai 974,301 individu menjadi mangsa syarikat terbabit. Angka ini disahkan oleh Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Dalam satu sidang media, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata kebanyakan syarikat itu baru didaftar selepas pemilik syarikat disiasat kerana penipuan.
Katanya, kebanyakan mangsa dipercayai terpedaya dengan imbuhan pelaburan yang lumayan.
“Semua syarikat terbabit sudah dikenal pasti dan pada masa ini, kami sedang menjalankan usaha mengesan semua sindiket terbabit.
“JSJK menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak sahih,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, pelaburan dalam bentuk saham, emas dan bit coin antara penipuan yang kerap dilaporkan berlaku.
“Mangsa mendapat tahu tentang tawaran pelaburan yang dibuat melalui media sosial serta diperkenalkan oleh saudara-mara serta rakan.
“Selepas itu, mangsa yang berminat akan menyertai pertemuan atau ceramah oleh syarikat pelaburan terbabit sebelum mereka membuat pelaburan,” katanya.
Senarai Syarikat Scammer Malaysia
Berikut adalah 30 syarikat yang diambil tindakan oleh JSJK. Sekiranya terdapat saudara mara anda yang terlibat dengan skim penipuan dari mana-mana syarikat ini, sila makluman kepada mereka.
- MGSB
- CAPITAL FOSTER ADVISOR
- PELABURAN EMAS ROYAL GOLD
- KONGSI MAKAN
- RICHWAY
- MONSPACE
- MFACE/MBI
- SAHAM – CENTURY DINASTY
- BOOKCOIN
- BIT COIN – AL MUBIN AGARWOOD
- BIT COIN – BIT KINGDOM
- MI1 GLOBAL SDN BHD
- ZG SPACE CITY (M) SDN BHD
- FARBEL HIGH VENTURES/FARBEL RICH
- ROOPERS BURGER
- PRO VENDING MACHINE
- SAHAM 500 PLUS
- KOPI PAK BELALANG
- NHA STRATEGIC HOLDING BHD
- DANA KESULTANAN RAJA-RAJA DAN PELABURAN FOOD TRUCK
- YAYASAN PBI 9PBI WORLD (BERHAD)
- PELABURAN SAHAM MYZIA COIN
- PELABURAN AGR HOLDING
- FOREX – FXUNITED
- FOREX – TRIGERFX
- PELABURAN BITCLUB
- PELABURAN FEENRA GOLD & RESOURCES
- PELABURAN PTM4U
- PELABURAN JIHAD FARISHA VENTURES
- PELABURAN MINES AND METALS
Syarikat-syarikat di atas juga termasuk dalam senarai syarikat yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, usahlah kita terlibat dengan mana-mana skim pelaburan cepat kaya. Cari ilmu dan melaburlah dengan bijak.
Jika terdesak mahu beli rumah, apa kata cari bantuan kerajaan yang disediakan sebagai contoh perumahan rakyat SPNB, PR1MA, PPA1M dan sebagainya.