Pada 10 November 2023 sehingga 30 November 2023 Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS) akan dilaksanakan bagi kategori Sekolah Rendah (Tahun 6) dan kategori Sekolah Menengah (Tingkatan 3 dan 5)
DCS atau Digital Competency Score adalah satu instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid- murid dalam tiga aspek iaitu teknologi, etika dan kognitif.
Berikut merupakan penerangan berkenaan Skor Kompetensi Digital ini dan tarikh pelaksanaannya bagi tahun 2023. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lagi berkenaan hal ini.
Apa Itu Skor Kompetensi Digital?
Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Standards (DCS) adalah satu program yang direka oleh KPM bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.
Perlaksanaan Skor Kompetensi Digital ini selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4 : Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).
Bagi pelajar yang terlibat dengan Skor Kompetensi Digital ini mereka perlu menyelesaikan 20 peringkat masalah yang diberi. 20 peringkat ini akan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu:
- Intermediate (Stars of Moffious)
- Advance (Stars of Neo)
- Innovator (Stars of Grand Neo)
Jika pelajar melepasi semua tahap di atas, barulah sijil pengiktirafan boleh dijana. Sijil yang diperoleh perlu dicetak oleh guru dan diletakkan dalam rekod pelajar tersebut.
Pelajar Terlibat
Bagi tahun 2023 ini pelaksanaan Skor Kompetensi Digital ini akan dijalankan pada dua peringkat iaitu peringkat Menengah (Tingkatan 3 dan Tingkatan 5) dan peringkat Rendah (Tahun 6).
Penyertaan bagi semua murid kumpulan sasaran adalah sangat digalakkan. JPN mengharapkan sekurang-kurangnya 40 orang murid bagi setiap kumpulan sasaran.
Namun begitu bagi SKM yang mempunyai murid kurang dari 40 orang, bilangan murid adalahberdasarkan jumlah murid bagi setiap kumpulan sasaran di sekolah masing masing.
Sebagai persediaan menghadapi DCS ini anda boleh dapatkan Modul Kompetensi Digital Sekolah Rendah
Tarikh Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital (DCS 2023)
Bagi sekolah yang terlibat pelaksanaan DCS bagi tahun 2023 ini akan dilaksanakan pada 10 November 2023 sehingga 30 Novemberi 2023. Bagi pelajar yang terpilih anda boleh mengakses tugasan yang diberi di pautan berikut http://dcs.moe.edu.my.
Untuk maklumat lanjut berkenaan tarikh pelaknaan anda boleh memuat turun Surat Rasmi Pemakluman KPM/BSTP sebagai rujukan anda.
Kaedah Pendaftaran DCS
Berikut merupakan cara pendaftaran akaun bagi pelaksanaan Skor Kompetensi Digital bagi guru dan murid yang terlibat:
Guru
Bagi guru kelas yang terlibat dalam pelaksanaan Digital Competency Score di sekolah anda, berikut merupakan cara pendaftaran kemasukan ke portal DCS.
- Guru kelas boleh memasukan no IC sebagai ID dan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan.
- Cipta Kelas dan isikan kelas tersebut dengan nama pelajar yang terlibat. Bagi memudahkan proses ini, guru boleh memuat naik fail CSV Microsoft Excel mengikut contoh format yang disediakan.
Murid
Bagi murid yang terlibat dalam pelaksanaan Digital Competency Score di sekolah, anda boleh daftar masuk ke dalam akaun dengan menggunakan no IC atau MyKid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan.
Baca juga: 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) : Objektif Dan Prinsip Pelaksanaan Dasar
Maklumat Lanjut
Bagi guru yang menginginkan maklumat tambahan atau terdapat soalan yang ingin diajukan berkenaan DCS ini anda boleh hubungi pegawai SSTP / USTP negeri masing-masing ATAU boleh dapatkan jawapan melalui Facebook Digital Competency Score.