TESP 2022: Permohonan Penajaan Pengajian Tertiari MARA
Pelajar lepasan asasi atau STPM dan Diploma yang ingin mendapatkan pinjaman bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama kini boleh memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Untuk makluman, TESP adalah program penajaan berbentuk pinjaman Boleh Ubah di bawah MARA untuk pelajar lepasan STPM 2019, Matrikulasi/Asasi/Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih.
Selain itu, pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama juga boleh memohon program TESP ini.
Permohonan TESP 2022 telah dibuka bermula 23 September 2022 iaitu hari Jumaat sehingga 25 Oktober 2022 iaitu hari Selasa secara atas talian.
Senarai Universiti Layak Memohon
Pemohon yang akan menyambung pengajian Ijazah Pertama di Universiti terbabit layak untuk memohon:
Bidang Pengajian
Bidang yang layak untuk memohon TESP seperti yang ditetapkan oleh MARA adalah seperti berikut:
Syarat Umum
Pemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan oleh pihak MARA iaitu:
- Permohon ialah warganegara Malaysia.
- Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa adalah Bumiputera.
- Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:
Kategori Kelayakan | Pendapatan Bulanan | Pendapatan Bulanan |
Yuran & Elaun Sara Hidup | RM12,000 dan ke bawah | RM150,000 dan ke bawah |
Yuran sahaja | RM12,001-RM20,000 | RM150,001-RM250,000 |
4. Ibu dan bapa/penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam oleh MARA.
5. Pemohon tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
6. Pemohon bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
7. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
Syarat Akademik
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik yang ditetapkan.
Bagi pelajar baharu, syarat akademik yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Pemohon mendapat CGPA 3.00 ke atas di peringkat Asasi/Matrikulasi/Persediaan/STPM serta setaraf.
- Pemohon telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Januari 2022.
Untuk pelajar sedia ada, syarat akademik yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- Pemohon mendapat CGPA 3.00 dan ke atas bagi semester terdahulu.
- Pemohon mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari 1 tahun.
Selain itu, pemohon perlu lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
Untuk kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.
Cara Memohon
Untuk memohon, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah permohonan berikut:
- Layari laman web permohonan iaitu https://myeduloan.mara.gov.my/
- Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
- Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Hantar permohonan.’
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai TESP, sila hantar email ke alamat: