Advertisements

TESP 2024: Permohonan Penajaan Pengajian Tertiari MARA

Cara Permohonan dan Syarat Kelayakan TESP MARA Tahun 2024

Pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi atau Diploma 2023 yang bakal menyambung pengajian ke peringkat Ijazah pertama boleh memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program penajaan pengajian di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini, pastikan anda terus bersama artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu TESP?

Tertiary Education Sponsorship Programme adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat.

Program penajaan ini adalah untuk pelajar yang telah memulakan atau sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di IPT terpilih di dalam negara mengikut bidang tertentu.

Untuk pengetahuan anda permohonan TESP bagi tahu 2024 ini, telah pun dibuka bermula 20 Mac 2024 iaitu hari Rabu sehingga 1 April 2024 pada hari Isnin depan secara atas talian.

tesp mara

Senarai Universiti Layak Memohon TESP

Pemohon yang akan menyambung pengajian Ijazah Pertama di Universiti terbabit layak untuk memohon:

Bidang Pengajian

Bidang yang layak untuk memohon TESP seperti yang ditetapkan oleh MARA adalah seperti berikut:

Syarat Umum

Pemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan oleh pihak MARA iaitu:

  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa adalah Bumiputera dan Warganegara Malaysia
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah minimum 17 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
  • Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-manaagensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
  • Pemohon bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  • Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga yang ditetapkan.
TESP

Syarat Khusus

Berikut merupakan syarat khusus yang perlu dipenuhi oleh para pelajar yang ingin memohon TESP MARA 2024 ini:

  • PELAJAR BAHARU
    • Perlu emperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2024.
  • PELAJAR SEDIA ADA
    • keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.
  • LAIN-LAIN SYARAT
    • Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM.
    • Pelajar pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan

Cara Memohon TESP MARA 2024

Untuk memohon, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Permohonan dibuka secara dalam talian (online) melalui pautan https://educationloan.mara.gov.my pada tarikh yang ditetapkan.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Klik butang ‘Hantar Permohonan.’

*NOTA: Lihat garis panduan permohonan di bawah untuk mengetahui cara melakukan permohonan dengan lebih terperinci:

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai TESP, sila hantar email ke alamat:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.