Advertisements

7 Perkara Boleh Membatalkan Puasa

Advertisements

Dalam beberapa hari sahaja lagi, seluruh umah Islam akan di menyambut bulan Ramadhan yang penuh mulia ini.

Ramadhan secara istilah bermakna menahan diri dari segala hal yang boleh membatalkan puasa.

Puasa bukan sahaja mengajar umat Islam menahan diri dari lapar dan dahaga malah menahan diri dari melakukkan perkara yang sia-sia yang mendatangkan dosa.

Waktu bermulanya puasa adalah terbit fajar (waktu subuh) hingga terbenamnya matahari (waktu magrib) dengan niat karena Allah.

Berikut dikongsikan beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa.

Baca juga: Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2022/1443H Seluruh Malaysia

1) Makan Dan Minum

  • Puasa anda akan terbatal jika makan dengan segaja sama ada sedikit atau banyak.
  • Berhenti makan atau minum apabila mendengar azan Subuh.
  • Tetapi tidak terbatal puasa jika tidak segaja dan lupa bahawa anda sedang berpuasa.

2) Memasukkan Benda Ke Dalam Rongga

  • Memasukkan sesuatu kedalam rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka.
  • Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang.
  • Laluan terbuka pula bermaksud lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.

3) Sengaja Muntah

  • Puasa boleh terbatal jika anda dengan sengajanya muntah.
  • Tetapi tidak terbatal puasa jika anda mengalami morning sickness, sakit atau loya.

4) Persetubuhan

  • Melakukan persetubuhan diantara suami dan isteri di siang hari turut membatalkan puasa meski pun tidak mengeluarkan air mani.

5) Onani

  • Akan terbatalnya puasa kerana yakni mengeluarkan air mani.

6) Datang Darah Haid Atau Nifas

  • Bagi kaum wanita akan ada bulan datangnya darah haid atau darah nifas selepas melahirkan anak.
  • Jadi jika berada dalam situasi begini, wanita tersebut dilarang untuk berpuasa dan secara automatik akan terbatal puasa jika darah haid atau nifas keluar dari kemaluan wanita tersebut.

7) Gila Dan Murtad

  • Orang gila atau orang yang sudah murtad tidak diwajibkan untuk berpuasa.
  • sekalipun mereka berpuasa namun puasa mereka itu tidak sah.

Semoga perkongsian ini dapat memberi persediaan kepada seluruh Umat Islam yang akan berpuasa di bulan Ramadhan tidak lama lagi.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: 7 Tips Bagi Ibu Hamil Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.