Advertisements

Akaun ASB (MyASNB): Buka Akaun Secara Atas Talian (Online)

CARA BUKA AKAUN ASB (MYASNB) SECARA ONLINE

Bagi individu-individu yang baru berminat untuk melabur dalam Amanah Saham Nasional Berhad, anda sudah boleh membuka akaun baharu ASB melalui aplikasi MyASNB.

Anda sudah tidak perlu membazir masa dan waktu anda untuk beratur menunggu giliran, sekarang semuanya berada di hujung jari, dan anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja dan pada bila-bila waktu yang anda inginkan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan bagaimana pembukaan akaun secara atas talian ini boleh dilakukan, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

Apa itu ASB/ASNB?

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ASNB ini adalah syarikat pengurusan unit amanah yang kini menguruskan 16 produk amanah saham seperti:

  • Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)
  • Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik)
  • Amanah Saham Malaysia (ASM)
  • Amanah Saham Malaysia 2 Wawasan (ASM 2 Wawasan)
  • Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3)
  • Amanah Saham Nasional (ASN)
  • ASN Equity 2
  • ASN Equity 3
  • ASN Equity 5
  • ASN Equity Global
  • ASN Imbang 1
  • ASN Imbang 2
  • ASN Sara 1
  • ASN Sara 2
  • ASN Imbang 3 Global.

Untuk mula melabur dengan ASNB, anda boleh memilih untuk pergi ke salah satu cawangan ASNB yang berada di seluruh negara untuk pembukaan akaun ASB anda.

Anda juga boleh memulakan pelaburan anda dengan ejen berdaftar ASB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, BSN, Ambank, Affin Bank, Alliance Bank, Bank Muamalat, Hong Leong Bank dan Bank Islam.

Jumlah minimum untuk mula melabur bersama ASNB ini hanyalah RM10.

Kaedah Buka Akaun ASB Secara Online.

Pembukaan akaun baharu ASNB pada zaman sekarang bukan lagi sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Anda hanya perlu memastikan anda mempunyai internet dan peranti yang bersesuaian bagi membuka akaun bersama ASNB di aplikasi MyASNB.

akaun asb

Anda boleh memuat turun aplikasi MyASNB ini di:

Setelah memuat turun aplikasi MyASNB ini barulah anda boleh mula mendaftar untuk pembukaan akaun ASB.

Pendaftaran Akaun ASB secara atas talian ini adalah sangat mudah dengan hanya lima (5) langkah anda sudah mempunyai akaun bersama ASNB:

  1. Buka Aplikasi MyASNB yang telah dimuat turun dan tekan butang DAFTAR.
  2. Lengkapkan segala maklumat diruangan tersebut,
  3. Pengesahan Maklumat melalui SMS
  4. Cipta akaun anda dengan menetapkan ID dan kata laluan yang diinginkan.
  5. Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran pelaburan awal serendah RM10 melalui saluran yang bersesuaian dengan anda.

Untuk penerangan yang lebih jelas anda boleh tonton video pendek yang disediakan oleh ASNB tentang pembukaan akaun ASB secara atas talian, di bawah:

Persoalan dan Maklumat Tambahan

Jika anda terdapat sebarang persoalan atau masalah berkenaan akaun ASB, anda boleh menghubungi pihak bertanggungjawab di:

Anda juga boleh melawat portal rasmi ASNB bagi mendapatkan maklumat tambahan atau anda boleh mendapatkan maklumat tersebut di laman sosial ASB:

Anda juga dijemput untuk membaca artikel-artikel di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.